View: 333|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Konvoi Gang Motor demi perpaduan kaum
[Copy link]
|
|
Sebahagian peserta bermotosikal jenis QJMOTOR SRV250 yang datang dari pelbagai negeri ke Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA
Port Dickson: Berbeza kumpulan konvoi bermotosikal lain yang disertai kelompok usia dan bangsa sama, konvoi 52 motosikal ini menjadikan perpaduan pelbagai kaum sebagai asas penubuhan kelab.
'Gang Motor' diketuai Penganalisis Jenayah terkenal, Kamal Affandi Hashim memaklumkan penubuhan kelab motosikal itu bertujuan memupuk semangat perpaduan antara rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan latar belakang.
"Tujuan konvoi motosikal ini bukan sekadar berseronok menunggang motosikal beramai-ramai, tetapi bagi mewujudkan perpaduan jitu kaum
di Malaysia.
"Kumpulan ini yang datang dari pelbagai negeri berkumpul di Seremban sebelum berkonvoi beramai-ramai ke Port Dickson. Kebanyakan peserta berusia pertengahan usia namun ada yang berusia 20-an. Mereka diingatkan menunggang secara berhemah.
" Program ini dibuat secara santai sambil berkenalan sesama peminat motosikal model sama QJMOTOR SRV250. Saya sendiri tak sangka dapat mengumpulkan sehingga 52 motosikal model sama," katanya semalam.
Menurutnya, konvoi itu menekankan soal keselamatan terutamanya di jalan raya selain berhemah dengan pengguna jalan raya lain.
Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi MFORCE Bike Holdings, Asri Ahmad yang hadir meraikan peserta.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... demi-perpaduan-kaum |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|