CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lelaki ditahan curi 25 seluar dalam wanita

[Copy link]
Post time 15-6-2023 12:42 PM | Show all posts |Read mode

Pakaian dalam yang dicuri suspek di kawasan perumahan di Seri Petaling, Isnin lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan selepas mencuri 25 helai pakaian dalam wanita dari sebuah kawasan perumahan di Seri Petaling, di sini, Isnin lalu.

Lelaki berusia 45 tahun itu dikesan sedang memerhati dalam keadaan mencurigakan pakaian dalam wanita yang disidai di kawasan perumahan oleh salah seorang penduduk.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, penduduk terbabit kemudian bertindak menghubungi pihak polis dan memaklumkan tentang suspek yang dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku mencuri 25 helai pakaian dalam wanita di tiga buah rumah yang berbeza bagi tujuan melepaskan nafsu.

“Pakaian dalam ini dijumpai di dalam beg silang yang dibawa oleh suspek sebelum pihak polis melakukan tangkapan dan merampas barang kes untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semakan rekod jenayah mendapati suspek juga mempunyai sembilan rekod kesalahan jenayah curi dan dadah berbahaya. – KOSMO! ONLINE.

https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... eluar-dalam-wanita/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.871246 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list