CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 216|Reply: 0

[Selangor] Polis siasat video tular tembak di Bandar Sunway

[Copy link]
Post time 17-6-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA polis dari unit Forensik melakukan siasatan lokasi kejadian tembakan membabitkan seorang lelaki di sebuah kedai aksesori gajet, Bandar Sunway. FOTO Aizuddin Saad

Subang Jaya: Polis membuka kertas siasatan berhubung penyebaran video tular kejadian kes mati ditembak di kawasan Bandar Sunway.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya terkesan beberapa video dan gambar ditularkan di laman media sosial berkenaan kejadian kes tembak di kawasan Bandar Sunway pada 7 malam tadi.

Menurutnya, satu laporan polis dibuat berkaitan video yang tular itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video kejadian mati ditembak yang tular di media sosial.

"Sekiranya didapati terdapat sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang, pihak polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah ini supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya) atau Pegawai penyiasat Inspektor Mohammad Faiz NaufalZakaria (019-4858907).

"Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ak-di-bandar-sunway
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.067336 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list