CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 0

[Selangor] Premis urut ingkar kena sita

[Copy link]
Post time 17-6-2023 10:54 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA penguat kuasa MPHS menyerbu premis urut di Bukit Sentosa serta menyita kerusi dan peralatan urut lain di dalamnya kerana melanggar peraturan. FOTO Ihsan MPHS.

Hulu Selangor: Kerana ingkar notis henti operasi, sebuah premis yang menjalankan khidmat urutan dan refleksologi di Bukit Sentosa, di sini disita Majlis Perbandaran Hulu Selangor, semalam.

Ketika serbuan pada 10 malam yang diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPHS, Muhammad Azrul Nizam Mohd Azizi, terdapat dua tukang urut, penjaga wanita dan dua pelanggan lelaki warga Bangladesh di dalam premis.

Muhammad Azrul berkata, operasi membabitkan 21 anggota itu digerakkan selepas premis itu ingkar notis menghentikan segala aktiviti perniagaan yang dikeluarkan 6 Jun lalu.

"Ketika anggota tiba di lokasi, pintu premis tidak berkunci dan premis beroperasi seperti biasa. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua tukang urut, seorang penjaga premis wanita dan dua pelanggan lelaki warga Bangladesh.

"Ketika serbuan seorang daripada warga Bangladesh sedang diurut oleh tukang urut wanita.

"Terdapat juga peralatan mengurut dan beberapa unit katil, kerusi urut di dalam premis," katanya dalam kenyataan,

Menurutnya, ketika ditanya mengenai lesen, penjaga premis menunjukkan resit bayaran bagi permohonan lesen yang dikeluarkan Jabatan Pelesenan MPHS.

"Bagaimanapun resit berkenaan bukan lesen perniagaan dan pemilik premis sepatutnya menghentikan operasi sebaik menerima notis pada 6 Jun lalu," katanya.

MPHS kemudiannya menyita empat set kerusi urut refleksologi dan barangan lain dengan tindakan mengikut Undang-Undang Kecil 3 dan 36, Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2013.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ut-ingkar-kena-sita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.091253 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list