CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

[Perak] Anak maut, ibu parah dalam perjalanan daftar universiti

[Copy link]
Post time 17-6-2023 01:01 PM | Show all posts |Read mode

Seorang daripada lima beranak maut ketika dalam perjanan mendaftar ke universiti di KM 301.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat Gopeng, kira-kira jam 7 pagi tadi. Foto Ihsan Polis Daerah Kampar

Kampar: Remaja maut manakala ibunya parah apabila kereta dinaiki merempuh belakang sebuah treler di KM 301.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat Gopeng, hari ini.

Kejadian kira-kira 7 pagi itu menyebabkan Muhammad Zweill Haikal Ghazali, 18, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala, manakala ibunya Asnoni Othman, 49, parah.

Insiden itu turut menyebabkan tiga lagi anak lelaki Asnoni berusia 24, 20 dan 10 tahun, cedera.

Ketua Polis Daerah Kampar, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kejadian berlaku ketika lima beranak itu dalam perjalanan menghantar Muhammad Zweill dan abangnya yang berusia 20 tahun mendaftar di Universiti Malaya (UM) kampus Cyberjaya, Selangor.

"Siasatan awal mendapati kereta Proton Savvy dipandu abang mangsa berusia 24 tahun gagal dikawal lalu merempuh belakang treler yang bergerak di lorong kiri jalan.

"Muhammad Zweill disahkan maut di tempat kejadian, manakala semua mangsa lain yang cedera dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.

"Pemandu kereta masih tidak sedarkan diri kerana mengalami pendarahan di perut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Nazri berkata, pemandu treler berusia 50 tahun tidak cedera.

Menurutnya, bedah siasat akan dijalankan 3 petang hari ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-daftar-universiti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.346537 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list