SEBELUM 10 ZULHIJAH
1- Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
2- Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
Membaca al-Quran,
Qiyamullail dan bertahajjud
Bertaubat memohon keampunan
Berzikir mengagungkan Allah SWT yang memberikan nikmat dalam kehidupan.
3- Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.
PAGI 10 ZULHIJAH
1- Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
2- Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
3- Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
4- Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
5- Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
6- Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
7- Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
8- Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
9- Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
10- Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
11- Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
12- Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.
*Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha:
نَوَيْتُ الْغُسْلَ مِنْ يَوْمِ عِيدِ اْلاَضْحَى سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Daku berniat mandi sunat Aidiladha kerana Allah Ta’ala”
Insyallah sama2 kita amalkan dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi .