CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 220|Reply: 0

[Pahang] Penunggang Ducati Panigale maut gagal elak kereta keluar simpang

[Copy link]
Post time 24-6-2023 10:08 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN motosikal yang menyebabkan penunggangnya maut di Jalan Tanjung Lumpr, Kuantan. FOTO ihsan PDRM

Kuantan: Peniaga maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangi terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta berhampiran stesen minyak di Jalan Tanjung Lumpur, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian kira-kira 9 malam, mangsa Khairul Azhan Mohd Naim, 31, dari Pekan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, berdasarkan laporan, kemalangan itu membabitkan motosikal berkuasa tinggi Ducati Panigale V4 S dan kereta Perodua Myvi.

"Siasatan awal mendapati penunggang motosikal dari arah bandar Kuantan menghala ke Pekan.

"Apabila tiba di tempat kejadian, Perodua Myvi dipandu seorang wanita dipercayai keluar simpang kiri secara mengejut menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian pintu kanan hadapan kereta itu.

"Akibat itu, penunggang motosikal itu maut di tempat kejadian, manakala pemandu kereta wanita berusia 27 tahun mengalami kecederaan pada rusuk kanan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... reta-keluar-simpang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.049426 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list