CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Pulanglah ayah'

[Copy link]
Post time 24-6-2023 01:32 PM | Show all posts |Read mode

FAUZI yang hilang diri sejak 16 Jun lalu. FOTO ihsan pembaca

Seremban: "Baliklah, adik-adik dan mama rindukan ayah. Kami semua risau," luah Fazhrul Aiman Mohd Fauzi, 21, anak kepada Mohd Fauzi Mohd Sahil, 43, yang hilang sejak 16 Jun lalu.

Fazhrul Aiman berkata, bapanya itu keluar dari rumah mereka di Bandar Baru Sri Sendayan, dekat sini, kira-kira jam 8 malam Jumaat minggu lalu, tanpa meninggalkan sebarang pesanan.

Malah, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, mereka sendiri tidak tahu punca sebenar bapanya tidak pulang ke rumah selama lebih seminggu.

"Ayah keluar selepas Maghrib, pada waktu itu tiada siapa yang perasan, namun kami difahamkan dia memakai kemeja - T berwarna kuning dan berseluar trek warna biru gelap.

"Ayah juga tidak membawa telefon bimbitnya menyebabkan kami buntu untuk mencarinya. Sehari dua selepas kehilangan ayah, ada orang awam nampak dia di sekitar Bandar Baru Sri Sendayan, namun ketika itu kami belum mewar-warkan kehilangannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, keadaan emosi ibunya kini tidak menentu selain adik bongsu yang berusia 13 tahun beberapa kali menangis kerana terlalu rindukan bapa.

"Kami tidak tahu apa punca ayah menghilangkan diri. Jika ada apa-apa, kami minta ayah pulang dan kita selesaikannya bersama, mama dan adik rindukan ayah.

Justeru, Fazhrul Aiman berkata, sesiapa yang ternampak bapanya, diminta supaya menghubunginya di talian 01173050864 atau Balai Polis Mambau 066314222.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan seorang lelaki memaklumkan mengenai kehilangan bapanya.

"Ketika ini pihak kami membuka siasatan orang hilang. Usaha menjejaki lelaki berusia 43 tahun ini juga sedang dijalankan dan meminta kerjasama orang ramai supaya membantu jika mempunyai sebarang maklumat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/06/980913/pulanglah-ayah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 1.098126 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list