Post Last Edit by dahliya at 18-12-2010 10:47
berita berkaitan Gay dan homoseksual
Tuesday, September 7, 2010
Akhir zaman, Gereja gay di Malaysia
TINDAKAN seorang paderi menjadikan sebuah gereja di pinggir Kuala Lumpur sebagai tempat untuk
mengembangkan budaya gay sangat membimbangkan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR -
Seorang paderi di Malaysia, Ouyang Wen Fang mengumumkan bahawa dia sedang menubuhkan
gereja gay pertama di negara ini.
Paderi berusia 40 tahun itu turut tidak mengendahkan amaran keras kerajaan supaya
menghentikan rancangannya kerana bimbang ia akan menggalakkan gaya hidup homoseks di negara ini.
Amalan tersebut masih dikategorikan sebagai jenayah di Malaysia yang majoriti penduduknya
beragama Islam manakala pelakunya berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Namun, gereja gay yang diasaskan bersama oleh paderi itu telah beroperasi secara senyap
di sini sejak tiga tahun lalu dengan dikunjungi kumpulan penganut Kristian gay untuk
beribadat pada hari Ahad dan mengkaji kitab Injil.
"Kami sedang berusaha untuk menggalakkan lebih ramai orang supaya menyertai gereja ini,
kami mahu penganut Kristian gay tampil dan hidup tanpa berpura-pura," katanya.
Ouyang mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun sebelum membuat
pengakuan terbuka bahawa dia seorang homoseks pada 2006.
|