|
Seorang mekanik kapal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan amang seksual, merakam video seks serta merogol anak saudaranya sendiri, lima tahun lalu. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!
JOHOR BAHRU – Seorang bapa saudara bersikap pedofilia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan merogol, amang seksual dan merakam video porno mangsa, lima tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 41 tahun itu turut didakwa atas satu pertuduhan kerana memiliki gambar pornografi mangsa, Mei lalu.
Tertuduh yang merupakan seorang mekanik kapal di Singapura itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim V.M. Mabel Sheela.
Berdasarkan kertas pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa merogol, melakukan perbuatan amang seksual dan merakam video pornografi terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di sebuah rumah di taman perumahan di sini pada pukul 1.30 pagi, 1 Ogos 2018.
Dia turut dituduh memiliki pelbagai video dan gambar pornografi kanak-kanak berkenaan di sebuah taman perumahan di Iskandar Puteri pada pukul 9 malam, 24 Mei lalu.
Atas perbuatan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan; Seksyen 5, Seksyen 10 dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun atau sebatan. Tertuduh juga berdepan denda sehingga RM10,000.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin memohon mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM20,000 terhadap setiap pertuduhan sekiranya mahkamah membenarkan ikat jamin diberi.
Mabel Sheela kemudahan menawarkan wang jaminan sebanyak RM8,000 bagi semua pertuduhan kepada tertuduh yang diwakili peguam, Baharudin Baharim, selain menetapkan tarikh 24 Julai untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, difahamkan tertuduh bakal berdepan pendakwaan mahkamah atas kesalahan serupa melibatkan mangsa sama di beberapa negeri lain iaitu di Kedah, Pahang dan Kuala Lumpur.
Kesemua kejadian tersebut dipercayai dilakukan ketika mangsa berada dalam penjagaannya sewaktu musim cuti persekolahan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... deo-seks-anak-buah/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|