View: 13092|Reply: 21
|
MISTERI KEHILANGAN AMELIA EARHART
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Risma at 19-12-2010 10:19
Amelia Earhart adalah seorang wanitawarga Amerika Syarikat yang sangat luar biasa. Dia adalah seorang juruterbang yang berkebolehan tinggi, menjadi wanita pertama terbang merentasi Lautan Atlantik secara bersendirian. Dia membuat keputusan untuk meningkatkan lagi pencapaiannya dengan melakukan penerbangan mengelilingi dunia ke arah timur menggunakan pesawat Lockheed Electra 10-E, bermula 1 Jun 1937.
Pesawat itu dilengkapi peralatan baru yang dapat membantu Amelia dan rakan dalam penerbangan, Kapten Frederick Noonan yang bertindak sebagai juru panduarah (navigator) dalam menentukan arah dan laluan penerbangan. Pihak Amerika Syarikat juga telah memasang peralatan di pulau-pulau yang dikuasainya diLautan Pasifik dengan tujuan untuk mengesan pergerakan Amelia dan memberikan bantuan kepadanya menerusi alat-alat baru yang dilengkapkan kepada pesawat juruterbang wanita itu.
Sebulan selepas pengembaraan itu bermula, Amelia berlepas dari Lae di Papua New Guinea menghala ke Pulau Howland. Cuaca yang pada mulanya agak baik berubah buruk. Ketegangan mula dirasai apabila Amelia beberapa kali gagal menghubungi pihak tentera yang memantau pergerakannya, manakala peralatan canggih yang digunakan pihak tentera gagal pula untuk mengesan Amelia. Transmisi terakhir yang diterima daripada Amelia pada pagi 2 Julai 1937 menandakan betapa dia berada dalam keadaan tertekan, letih dan memberikan kedudukannya dalam lingkungan beberapa ratus batu ke utara dan selatan Pulau Howland. Apabila hubungan terputus sama sekali, pihak tentera laut Amerika Syarikat mula menjalankan operasi mencari tetapi tiada perkembangan positif diperolehi mengenai Amelia.
Amelia Earhart telah hilang. Atau benarkah sebegitu?
Pada masa Amelia melakukan penerbangan mengelilingi dunia itu, situasi diLautan Pasifik masih tegang berikutan tamatnya Perang Dunia Pertama. Jepun telah menguasai Kepulauan Mariana, Caroline dan Marshall, berdekatan kawasan yang dikawal Amerika Syarikat. Perjanjian yang ditandatangani antara Jepun dan Amerika Syarikat pada tahun 1923 telah melarang sebarang pembinaan kemudahan ketenteraan di pulau-pulau Pasifik, tetapi Jepun dikatakan telah menyanggahi perjanjian itu dengan membuat persediaan secara rahsia di pulau-pulau miliknya.
Amerika Syarikat dikatakan telah mengambil kesempatan di atas rancangan Amelia melakukan penerbangan mengelilingi dunia itu untuk membina beberapa kemudahan ketenteraan dipulau-pulau Pasifik dan mengujinya, dengan alasan untuk membantu penerbangan Amelia serta penerbangan komersial. Apabila Amelia hilang, tentera AmerikaSyarikat telah menjalankan operasi besar-besaran mencarinya hingga mengelilingi kawasan yang dikuasai Jepun, walaupun isyarat terakhir Amelia diterima dari kedudukan lain. Bahkan, ada yang mengatakan pihak tentera Amerika memperolehi maklumat penting dan gambar foto kemudahan-kemudahan tentera Jepun dipulau-pulau Pasifik.
Adakah penerbangan Amelia merupakan suatu konspirasi untuk membina kekuatan Amerika Syarikat di Pasifik, dan 'kehilangannya' telah dirancang rapi untuk memberi peluang merisik pulau-pulau yang dikuasai Jepun? Ya, ada yang mengatakan Amelia sebenarnya selamat sampai di Pulau Howland dan terus menyembunyikan diri sebagai sebahagian daripada strategi tentera Amerika.
Tetapi ada pula petunjuk yang menyatakan Amelia benar-benar telah menemui kecelakaan. Pada tahun 1944, iaitu semasa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat telah memperolehi Kepulauan Marshall daripada Jepun. Di sana, mereka mendengar khabar daripada penduduk tempatan bahawa pada tahun 1937 dua orang juruterbang Amerika, seorang wanita dan seorang lelaki, telah dibawa ke pulau itu oleh tentera Jepun yang telah menahan mereka. Mereka kemudian dipindahkan ke penjara di Saipan, di Kepulauan Mariana. Wanita tersebut kelihatan seperti hilang semangat dan selepas dikurung dalam keadaan yang teruk, dia meninggal dunia akibat masalah kesihatan, sementara temannya yang lelaki itu pula telah dibunuh kerana tidak berupaya memberikan apa-apa maklumat penting kepada pihak Jepun.
Pada tahun 1964 pula, dua orang bekas marin Amerika mengatakan mereka telah menemui rangka Amelia Earhart dan Frederick Noonan di Saipan, kemudian membawa kedua-duanya pulang untuk dikebumikan di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun,pihak tentera Amerika Syarikat enggan mengesahkan mahupun menafikan cerita dua bekas askar ini.
Oleh itu, apakah yang sebenarnya berlaku di penghujung penerbangan kembara mengelilingi dunia Amelia? Adakah dia mengalami masalah untuk menentukan arah penerbangan lalu terhempas ke laut akibat kehabisan bahan api? Adakah dia terpaksa mendarat di pulau yang dikuasai Jepun, ditahan di penjara dan kemudiannya mati akibat layanan buruk? Atau adakah kehilangannya dirancang pihak tentera Amerika Syarikat sebagai alasan untuk membuat persiapan ketenteraan di Lautan Pasifik? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni ada berita terbaru tentang dia nih:
Utusan Malaysia
19 Disember 2010
Mungkin Amelia Earhart
WELLINGTON 18 Dis. - Peminat sejarah penerbangan Amerika Syarikat (AS) berharap tulang-tulang kecil bersama pesawat dari tahun 1930-an yang ditemui di pedalaman pulau Pasifik akan mendedahkan nasib pelopor juruterbang wanita, Amelia Earhart.
Sebagai juruterbang paling misteri sehingga kini, Earhart berlepas dari Lae, kini di negara yang kenali sebagai Papua New Guinea, ketika cuba mengelilingi dunia melalui khatulistiwa pada 1937 dan tidak pernah ditemui selepas itu.
Pencarian besar-besaran ketika itu gagal menemuinya atau pemandu arahnya, Fred Noonan yang dipercayai terbunuh selepas meninggalkan pesawat Lockheed Electra itu di lautan, menurut Muzium Amelia Earhart.
Kini penggemar penerbangan dari kumpulan yang beribu pejabat di AS, The International Group for Historic Aircraft Recovery (TIGHAR) berkata, mereka mempunyai bukti menunjukkan Earhart dan pemandu arahnya itu berjaya tiba di Pulau Nikumaroro di Kiribati dan hidup sebagai orang yang terdampar.
Pengarah Eksekutif TIGHAR, Rick Gillespie berkata, kumpulan itu yang telah menjalankan 10 ekspedisi ke Nikumaroro sejak 22 tahun lalu menemui tiga serpihan tulang kecil di pulau yang tidak didiami itu awal tahun ini.
Menurut Gillespie, tulang itu adalah sebahagian daripada jari manusia, walaupun terdapat kemungkinan ia adalah dari kura-kura dan telah dihantar ke Makmal Sains Molekul di Universiti Oklahoma untuk analisis asid deoksiribonukleik (DNA).
"Kami sangat berharap ia akan membawa keputusan yang kami tunggu-tunggu selama ini," katanya kepada Australian Broadcasting Corporation, kelmarin.
Bagi menyokong teorinya bahawa Earhart meninggal dunia setelah tersadai di Nikumaroro, beliau memberitahu TIGHAR turut menemui artifak bertarikh dari 1930-an, termasuk kotak alat solek, cermin pecah dan botol buatan AS.
Katanya, walaupun ujian DNA di Oklahoma menunjukkan kaitannya dengan Earhart, tulang-tulang itu akan diuji untuk kali kedua oleh makmal bebas bagi mengesahkan penemuan itu. - AFP
Kesian errkk kalau dia bebetul terdampar kat pulau tuhh........ |
|
|
|
|
|
|
|
ada mcm2 pendpt kehilangan amelia ni... ada yang kata dia ni pengintip US... ada plak kata yg dia ni kene tngkap askar jepun masa tgh skodeng.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# zaharul_asriq94
dalam komik ni ada citer detail
![](http://d1466nnw0ex81e.cloudfront.net/iss/600w/438/414381/8012961_1.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kenal dia kat dlam cite ben stiller tu aje. |
|
|
|
|
|
|
|
story yg menarik... mmg mjadi tanda tanya ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mystery tht will remain mystery |
|
|
|
|
|
|
|
persoalan yg perlu di rungkai nie....pelik tp benar.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku discover pasal dia ni pasal Ross dlm citer FRIENDS mmg minat sgt Emilia nih |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dia ni mangsa keadaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sama cam aku.. aku tgk Nite at the muzeum tu jer.. Baru tau pasal dia.. Tapi tak tau dia hilang camtu jer.. Ingatkan dia berjaya dan hidup senang lenang samapi ke tua... |
|
|
|
|
|
|
|
ada detail tak pasal dia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kira memang berani la, sanggup terbang walaupun keadaan pada masa tu agak berisiko tinggi. Nak juga Amerika ambil kesempatan yer, atas musibah orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah ade citer base on her story dlu2 mase kecik. Tapi lupe ape tajuk die. Kat dalam citer tu, xsilap ending die, Emily hilang dekat segi tiga bermuda rasenye. Ingat2 lupe la. Sbb ending die tu, Emily pernah landing kt pulau, pastu die check minyak tak cukup. So die buang semua barang2 termasuk alatan tentera dan alat kecemasan. Pastu die terbang, tibe2 die xtau die dekat mane.
Ending die tu, kapal terbang die masuk awan, pastu dah abis.. Keluar la teks citer yang si emily ni ilang kt sekian2 (xsilap bermuda la sbb dlu heboh kisah 3 segi bermuda yg slalu kapal ilang tu).. bla bla bla the end.
So saye kenal die dari citer tu a. Seronok gak tgk. Hehe walaupown time tu baru darjah 2/3 cmtu la. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by diyes at 21-4-2011 00:36
rasenye ni kot tajuk die
Emily Earhart : The Final Flight
![](http://www.moviegoods.com/Assets/product_images/1010/380407.1010.A.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
asyik asyik asyik bercinta...ah ah..lame kan die menghilang diri![](static/image/smiley/default/titter.gif) eh macam salah org je |
|
|
|
|
|
|
|
mesti kene mkn dgan org asli sane |
|
|
|
|
|
|
|
xde pic sbnr dia ke? tringin nk tgok gmbr dia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|