CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 216|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Derma darah ibarat tukar minyak hitam kereta

[Copy link]
Post time 3-7-2023 05:29 PM | Show all posts |Read mode

JAMSARI menderma darah sebagai rutin sejak berusia 19 tahun. FOTO Ihsan pembaca

Seremban: Lelaki ini menjadikan amalan menderma darah sebagai rutin sejak berusia 19 tahun dan semalam, dia melakukannya untuk kali ke-107 sekali gus melayakkannya mendapat sijil penghargaan.

Jamsari Mohamad, 53, menjadikan amalan itu sebagai kewajipan seperti keperluan menukar minyak enjin kenderaan yang perlu dibuat secara berkala.

Bapa kepada lima anak itu berkata, dia melakukan perkara itu kerana memikirkan pesakit yang memerlukan darah sekali gus dapat memberi kesedaran kepada orang di sekelilingnya.

"Derma darah ini bagus untuk kesihatan selain mahu membantu orang ramai yang memerlukan darah.

"Bagi saya, derma darah seperti tukar minyak hitam kereta yang perlu dilakukan secara berkala.

"Ini kerana apabila kita menderma darah, selepas 60 hari sel darah baharu akan terbentuk dan semestinya darah dalam badan kita sentiasa segar," katanya ketika ditemui selepas menderma darah di Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, semalam.



JAMSARI menerima sijil penghargaan daripada Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) selepas menderma darah kali ke-107. FOTO Ihsan pembaca

Jamsari yang juga bekas penghulu berkata, dia bersyukur kerana dalam usianya kini, dia tidak pernah berdepan masalah kesihatan yang serius dan beranggapan ia hasil keberkatan amalan mulia itu.

"Sebelum ini saya menderma darah enam kali setahun tetapi selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu, kita hanya dibenarkan menderma empat kali setahun.

"Jika diberi peluang untuk menderma lebih daripada itu, saya sanggup melalukannya kerana ia sudah menjadi satu kewajipan bagi saya," katanya yang turut menyangkal persepsi sesetengah ahli masyarakat bahawa menderma darah membuatkan seseorang itu cepat gemuk.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... minyak-hitam-kereta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.382376 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list