CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 308|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Peniaga berdepan kesukaran dapat bekalan beras tempatan

[Copy link]
Post time 26-7-2023 04:14 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Muhtadim menunjukkan beras import yang dijual di kedainya. FOTO Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid

Semenyih: Beberapa pemilik kedai runcit hari ini mengakui mereka sukar untuk mendapatkan bekalan beras tempatan daripada pembekal pada masa ini.

Peniaga runcit, Muhammad Muhtadim Ismail berkata, pihaknya hanya menjual beras import disebabkan mengalami kesukaran mendapatkan beras tempat sejak sebulan yang lalu.

"Beras tempatan memang murah tapi susah nak dapat. Sekarang ini, saya tak ada jual beras tempatan.

"Yang saya jual semua beras import dan saya hanya jual tiga jenis beras di kedai ini iaitu Cap Masjid, Saga dan Jati.

"Saya tak jual banyak jenama dan hanya jual yang laku (orang nak beli) sahaja. Beras sekarang memerlukan modal besar," katanya ketika ditemui Harian Metro hari ini.

Sebelum ini dilaporkan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengakui terdapat kekurangan bekalan beras tempatan akibat cuaca ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keadaan cuaca yang dikatakan tidak sesuai telah merencatkan pertumbuhan padi bagi menghasilkan bekalan makanan tersebut.

Mengulas lanjut, Muhammad Muhtadim berkata, pembekal juga memaklumkan padanya bahawa beras import yang dijualnya itu akan mengalami kenaikan harga pada minggu ini.

Katanya, bagi beras import 10 kilogram (kg) dijangkakan akan mengalami kenaikan harga sebanyak 80 sen, manakala beras 5 kg pula akan naik 50 sen.

"Pembekal memaklumkan kepada kami bahawa beras import ini akan naik minggu ini. Tapi mereka tak bagi tahu sebab apa ia mengalami kenaikan," katanya.

Seorang lagi peniaga runcit, Unalis Jamaludin turut mengakui pihaknya sukar untuk mendapatkan bekalan beras tempatan, sebaliknya hanya menjual beras import sahaja.

Katanya, dia turut hanya menjual tiga jenis beras sahaja iaitu Cap Masjid, Rambutan dan Saga.

Bagaimanapun katanya, ketiga-tiga beras import yang dijualnya itu mengalami kenaikan pada awal bulan ini.

"Beras naik sedikit awal bulan ini. Bagi beras 10 kg, naik 80 sen manakala 5 kg, naik 50 sen," katanya.

Unalis berkata, pihaknya juga tidak memperoleh untung yang banyak jika menjual beras.

"Jual beras ini sedikit sahaja untung. Sekitar 50 sen sahaja untung dan paling banyak 80 sen," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... alan-beras-tempatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.646584 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list