CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 2

[Johor] Johor bentuk jawatankuasa banteras ajaran SiHulk

[Copy link]
Post time 27-7-2023 09:23 AM | Show all posts |Read mode

MOHD Fared Mohd Khalid menunjukkan akaun Facebook, ajaran sesat Suhaini Muhammad atau SiHulk. FOTO Bernama

Johor Bahru: Kerajaan Negeri Johor hari ini membentuk sebuah Jawatankuasa Penyelarasan Tindakan Pembanterasan Ajaran Sesat SiHulk bagi membendung penyebaran ajaran itu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata jawatankuasa itu terdiri daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

"Jawatankuasa ini sudah membuat ketetapan untuk bekerjasama dalam membanteras penyebaran ajaran SiHulk, sama ada secara fizikal mahupun melalui media sosial.

"Kerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia juga akan dimulakan bagi maksud tindakan yang lebih teratur," kata Mohd Fared menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk menolak ajaran itu dengan tidak menyebarkan video memaparkan beberapa individu yang mengaku sebagai pengikut ajaran sesat Suhaini Muhammad atau SiHulk itu.

Khamis lalu, Mohd Fared dilapor berkata di Johor, ajaran itu sudah difatwakan sesat sejak 22 Julai 2021 kerana didapati menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariat serta akhlak Islam, sekali gus semua aktiviti berkaitan dengannya termasuk perniagaan dan perkhidmatan adalah dilarang dan difatwakan haram.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... teras-ajaran-sihulk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 09:31 AM | Show all posts
kenapa ada yg terpengaruh ye,diorg yg ikut tu ilmu agama xde ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 10:15 AM | Show all posts
copy_paste replied at 28-7-2023 09:31 AM
kenapa ada yg terpengaruh ye,diorg yg ikut tu ilmu agama xde ke

mengikut kajian kaka, mngkn sbb selalu tengok filem hollywood dan teringin jadi avenger
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.757276 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list