CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5677|Reply: 47

[Politik] ‘Poster Boy’ PN menang TIPIS je di Selangor, takkan salah DAP jugak dek?

[Copy link]
Post time 29-7-2023 09:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 13-8-2023 03:36 PM

UPDATE:SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kembali mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang selepas memenangi kawasan tersebut dengan 1,671 majoriti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam keputusan tidak rasmi.

Bekas Menteri Besar Selangor itu menewaskan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, Juwairiya Zulkifli yang memperoleh 23,980 undi dalam pertembungan dua penjuru.

Kemenangan Mohamed Azmin menepati ramalan apabila beliau sebelum ini dijangka bertanding di kawasan tersebut dan meninggalkan kerusi lamanya, DUN Bukit Antarabangsa yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Malah, kemenangan beliau juga seiring dengan pimpinan PN negeri yang lain iaitu Timbalan Pengerusinya yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.

Beliau mula menyertai pilihan raya pada 1999 dengan mewakili Parlimen Gombak dan DUN Hulu Kelang sebelum berpindah ke DUN Bukit Antarabangsa selama tiga penggal.

Mohamed Azmin sebelum ini menguasai Parlimen Gombak sejak 1999, namun tewas kali pertama kepada Amirudin pada PRU15, November tahun lalu. – UTUSAN


Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, Juwairiah Zulkifli mempertaruhkan rekod perkhidmatannya di Bukit Melawati untuk menumbangkan bekas bosnya Mohamed Azmin Ali yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Dipindahkan ke Hulu Kelang dalam masa singkat kerana pertukaran dengan Amanah, Juwairiah yakin ada sebab kukuh untuk pucuk pimpinan mempertaruhkannya di kerusi berkenaan.

"Saya anggap ini cabaran baru untuk saya, pencapaian saya jadi kenyakinan parti untuk bawa saya di tempat yang lebih mencabar.

"Untuk membuktikan khidmat calon Harapan (PH) yang boleh bekerja. Saya tak gentar, walaupun orang kata lawan bekas bos sendiri," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Mutiara Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, hari ini.

Juwairiah berkata, dia hanya mengetahui akan berpindah kerusi 24 jam sebelum pengumuman calon oleh PH.

Untuk rekod Juwairiah adalah penyandang kerusi DUN Bukit Melawati, Kuala Selangor.

Manakala lawannya Azmin yang mewakili PN merupakan bekas Adun Bukit Antarabangsa selama dua penggal.

Sementara itu, Azmin menyifatkan calon PH, Juwairiah Zulkifli yang lari dari kawasan untuk bertanding di Hulu Kelang, dan bukan dirinya.

Azmin berkata kerusi DUN Hulu Kelang, bukan asing baginya kerana pernah memenangi kawasan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.





Single Polls, Total 31 Users voted

Poll is finished

16.13% (5)
61.29% (19)
22.58% (7)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2023 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg perlu diperkatakan lagi…

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
aiskrim, aiskrim, aiskrim, kling, kling, kling, jizz, klong, klong, klong  



Azmin Ali Tokoh Semburit Negara tersenyum sinis dengan Haziq:



Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau iols pun undi sapa2 je yg lawan jemin hatta seekor kura-kura vs jemin pun iols vote kura-kura yach
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 12:16 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 30-7-2023 11:43 AM
Kalau iols pun undi sapa2 je yg lawan jemin hatta seekor kura-kura vs jemin pun iols vote kura-kura  ...

atau lebih kasar, kalau dia vs barbi...... memang sah kita bukan vote dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols rasa Jemin menang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2023 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap kalah lah ...Kasi bersih semua wakil2 rakyat ni....yg byk scandal mcm ni tolak jauh2.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 30-7-2023 11:43 AM
Kalau iols pun undi sapa2 je yg lawan jemin hatta seekor kura-kura vs jemin pun iols vote kura-kura  ...

Betul, lepas pangkah kura kura tu... rejam pula dgn batu si Jemin tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 09:28 AM | Show all posts
sanggup ke penyokong PAS nak undi azmin?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 11:04 AM | Show all posts
pocongkiutss replied at 30-7-2023 11:43 AM
Kalau iols pun undi sapa2 je yg lawan jemin hatta seekor kura-kura vs jemin pun iols vote kura-kura  ...

or oyen ..ftw
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 11:05 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 11-8-2023 09:28 AM
sanggup ke penyokong PAS nak undi azmin?

manataw turun mukjizat terus jernih ayor kat klantammm tu kaka
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 03:02 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 11-8-2023 11:05 AM
manataw turun mukjizat terus jernih ayor kat klantammm tu kaka

I yakin secara senyap ada gerakan PAS yg x mahu ahlinya undi Azmin. so nanti xde calon MB dari Bersatu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga juwairiyah cantas jemin.....aku cancel jemin ni lepas dia khianat arwahnya pak khalid dulu, arwah masa tu baru nak jalankan projek loji air utk masa depan rakyat selangor, siap dah jumpa dgn pm bosskur utk projek ni, tetiber konflik melanda pkr dan si jemin ni terus amik peluang...bila si jemin naik jadik menteri besar, masa nak raya aidilfitri terus dia umum penjawat awam selangor dpt bonus 3 bulan, so termasuk ler gaji dia dlm rm30 ribu sebulan x 3 bulan, dekat seratus ribu wooo bonus raya....arwah pak khalid pulak terus merudum dan lama2 hilang dlm politik selangor sampai meninggal dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 30-7-2023 11:32 PM
Iols rasa Jemin menang

Aii rasa dia kalah...kak ju tu power jugal..speech dia pun ok..boleh all out dan ada credibility
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 11-8-2023 05:15 PM
Aii rasa dia kalah...kak ju tu power jugal..speech dia pun ok..boleh all out dan ada credibility

Mungkin juga jemin kalah sbb Anwar ngan Zahid 2 kali turun Hulu Kelang siap bawa Siti Nurhaliza. Mmg all out nk kalahkan jemin.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kasi tamat je riwayat politik azmin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 06:25 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 11-8-2023 01:45 AM
Betul, lepas pangkah kura kura tu... rejam pula dgn batu si Jemin tu.

ayoyo .. zalim nya chuolssss
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pn nk jemin menang. Pn syg jemin.. jemin je diorang nk rujuk bab ekonomi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 11-8-2023 06:11 PM
Mungkin juga jemin kalah sbb Anwar ngan Zahid 2 kali turun Hulu Kelang siap bawa Siti Nurhaliza. M ...

Rekod Kak Ju di BMalawati/Kuala Selangor sangat baik
Nak2 dah jadi MPKS
Sbb tu dihantar ke HK kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by petai011212 at 11-8-2023 07:55 PM

Calon sebelum kak Ju, adalah anak kepada previous Adun di Hulu Kelang, YB Saari Sungib. YB Saari Sungib ni adun di HK since 2008 lagi kalau x salah (wiki). Tapi YB Saari Sungib ni mmg dekat dengan warga HK, but few years back YB sakit, so Amanah (PH) da prepare nak naikkan anak YB, Anfaal. Which Kak Anfaal sendiri mmg good candidate, aura YB Saari Sungib mmg ada. Bila di tukarkan dgn Kak Ju, risau juga..takut orang HK tak kenal kak ju. HK ni dari dulu Kubu Kuat PH.

masa PRU lepas Azmin dan MB Amirudin beza tak jauh juga, masa tu rasanya BN banyak swing ke Bersatu. Sengit jugaklah PRN HK kali nie,

warga cintakan HK
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.403464 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list