View: 1723|Reply: 0
|
[Johor]
Rogol, liwat dalam kebun sawit, pekerja restoran mengaku tak salah
[Copy link]
|
|
Muar: Pekerja restoran makanan segera didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol, meliwat dan melakukan amang seksual terhadap seorang kenalan bawah umur dalam kebun sawit di Bakri sejak Mac lalu.
Tertuduh, Zulhazreen Shah Zulkufli, 22, yang berhadapan tujuh pertuduhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mengikut pertuduhan pertama, ketiga dan kelima, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap kenalannya berusia 15 tahun di kebun kelapa sawit sejak Mac, Mei dan Jun, jam 1 pagi.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama, hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, keempat dan keenam, dia juga didakwa merogol mangsa dengan semua kejadian serta masa berlaku di tempat sama.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.
Pertuduhan ketujuh pula, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat mangsa pada bulan lalu dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan, namun dia gagal membayarnya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 26 September depan tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen.
ZULHAZREEN Shah dibawa keluar selepas mengaku tidak bersalah merogol, liwat, amang seksual kenalannya. FOTO Alias Abd Rani
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-mengaku-tak-salah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|