CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cendawan^Stylo

FILEM KONGSI - LU LANGSI LU MATI

  [Copy link]
Post time 20-3-2011 06:14 AM | Show all posts
wah nak tgk! tapi kene tgk filem cun dulu. hehe...!!


Saya masuk contest filem cun.  
Forumer boleh support saya dengan undi/LIKE.  

Kene LIKE link ini dulu,       
http://www.facebook.com/cunmovie

Pastu baru like ini,
http://www.facebook.com/photo.ph ... 61205409&ref=nf

Hanya DUA saat untuk DUA langkah mudah. Satu undian amat berharga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2011 05:11 PM | Show all posts
aku dah tgok previu dia masa tgok HMM
-tp film ni mcm menunjukkan  org kelantan (?) tu jahat2 belaka
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 10:56 PM | Show all posts
upkan thread

filem ini akan ditayang mulai 12 mei
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 03:40 AM | Show all posts
bulan depan baru tayang uper nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 09:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 09:19 AM | Show all posts
100 panggung tayang Kongsi


2011/04/29



Status Bintang Paling Popular ABPBH2010, Shahiezy Sam dijadikan sandaran

METROWEALTH Movies Production (MMP) bakal mencipta sejarah dalam industri perfileman tanah air apabila filem terbitan mereka, Kongsi bakal ditayangkan di 100 buah pawagam.
Bukan saja mencatat sejarah dari segi jumlah panggung yang ditayangkan tetapi juga buat pertama kalinya sebuah panggung mendapat dua print filem dan ia membabitkan sepuluh buah pawagam.

Pengarah Urusan MMP, David Teo berkata filem lakonan pemenang kategori Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010), Shaheizy Sam itu dipilih berdasarkan kehendak pemamer dan juga penonton yang pernah menyaksikan trailer filem itu.

“Filem Kongsi bakal mencipta sejarah apabila ditayangkan pada 12 Mei depan kerana ia menjadi filem Melayu pertama yang akan ditayangkan di 100 pawagam di seluruh negara.

“Pemilihan filem ini dibuat bukan atas keputusan syarikat semata-mata tetapi turut mengambil kira permintaan pihak pemamer dan juga peminat yang pernah menyaksikan trailer filem berkenaan sejak kami tayang di pawagam lima bulan lalu.

“Belum pernah dalam sejarah penonton bertepuk tangan ketika menyaksikan trailer sesebuah filem waima filem dari Barat sekali pun.Justeru berdasarkan sambutan dan keyakinan yang mereka berikan itu, kami pun mengambil keputusan untuk menayangkan filem itu di seratus buah pawagam. Malah daripada jumlah itu, sepuluh daripadanya akan mendapat dua print filem dan ini bermakna mereka akan membuka dua buah dewan tayangan khusus untuk filem Kongsi,” kata David kepada Hip, kelmarin.

Bagaimanapun, semakin banyak panggung memerlukan kos yang tinggi juga. Dengan jumlah 100 panggung, bermakna MMP membelankan RM400,000 kerana setiap satu print atau salinan filem bagi setiap panggung berharga RM4,000.

“Kami sedar bukan sedikit jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan. Memang berisiko. Namun dengan sokongan daripada pihak pemamer dan peminat, kami tak kisah mengeluarkan belanja yang lebih. Lagipun, kami yakin populariti Shaheizy Sam juga mampu menarik peminatnya untuk menyaksikan filem ini,” katanya.

Sebagai sebuah syarikat produksi yang mendapat jolokan “kilang filem”, berderet filem mereka menanti untuk ditayangkan. Selepas Kongsi, menyusul adalah filem 3,2,1 Cinta dan diikuti filem Sekali Lagi juga lakonan Shaheizy Sam dan filem Flat 3A.

Apakah filem ini juga bakal menerima tuah yang sama seperti filem Kongsi?

“Tidak semua filem MMP ditayangkan di 100 pawagam. Seperti yang saya katakan, keputusan berapa jumlah pawagam bukan dibuat oleh syarikat semata-mata. Ia juga membabitkan pemilik pawagam dan sambutan peminat kerana sokongan mereka sangat penting dan kami tidak mahu menanggung risiko di kemudian hari.

“Bagaimanapun, kita mengambil sikap tunggu dan lihat saja. Jika filem itu sememangnya dinantikan peminat dan mendapat lampu hijau dari pihak pemamer, kita akan mengambil langkah yang sama,” kata David lagi.

Kongsi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.

Selain Shaheizy, filem ini turut dibintangi oleh Farid Kamil, Bront Palarae, Fizo Omar, Norliana Samsudin, Azad Jazmin, Putri Mardiana dan Fida Ibrahim.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2011 10:12 AM | Show all posts
Yeah..2 minggu lagi citer ni nak kuar
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 02:09 PM | Show all posts
ini pun movie yg masuk dlm list
tgk iklan nye kelako
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2011 12:29 AM | Show all posts
sapa pengarah citer nih?? FK kan??
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 08:33 PM | Show all posts
rasa muvie ni sng2 boleh lawan NKTM....tgk TMO kat ASTRO td mmg nmpak mcm lawak best
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 09:48 PM | Show all posts
For sure box-office
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 07:03 PM | Show all posts
sapa pengarah citer nih?? FK kan??
eddlisa_uyuk Post at 7-5-2011 00:29



    ha'ah FK....tak minat sangat filem dia sebelum ni....tapi yang ni rasanya leh meletop
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 10:14 PM | Show all posts
ha'ah FK....tak minat sangat filem dia sebelum ni....tapi yang ni rasanya leh meletop :lau ...
ama17 Post at 9-5-2011 07:03 PM



    ahhhaa cos ada shahezy sam....so mesti meletup
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 11:09 AM | Show all posts
yg kecek kelate tu orang siam la. tumulak tu siam. kecek slang eklate mungkin sebab sia, golok
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 01:34 PM | Show all posts
tgk trailer cam lawak lucu tapi apa2 pun ttp nak tgk NKTM dulu hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 03:32 PM | Show all posts
manyak syiokkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2011 04:20 PM | Show all posts
cpatla kuar, xtahan nk tgk ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 06:32 PM | Show all posts
Esok citer ni start
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 10:39 AM | Show all posts
REVIEW CITE LU LANGSI TU MATI...KREDIT TO BANG NARA

Semalam Abang Nara telah dijemput oleh pihak MIG untuk menonton filem Kongsi yang bakal keluar di pawagam pada 12 Mei 2011 (esok). Terima kasih banyak-banyak atas jemputan. Filem Kongsi yang bertaglinekan “Lu Langsi Lu Mati” merupakan sebuah filem serius komedi. Apa-apa pun kita tengok trailer filem Kongsi dulu.



Diterajui oleh Shaheizy Sam, filem Kongsi agak mengecewakan di mata Abang Nara. Kalau nak diikutkan, kekuatan filem ini sememangnya 100% bergantung kepada lakonan mantap Shaheizy Sam. Kelemahan paling ketara filem Kongsi ialah ketiadaan plot ataupun jalan cerita. Filem Kongsi seolah-oleh filem jalan-jalan jumpa orang dan gaduh. Itu sahaja.

Selain daripada lakonan Shaheizy Sam yang sememangnya tak mengecewakan, filem Kongsi banyak menunjukkan aksi-aksi pergaduhan dan kejar mengejar guna kereta yang mantap. Filem ini sangat sesuai ditonton kalau anda nak hilangkan stress bekerja sebab babak-babak lawak dia agak menjadi jugaklah. Kelakar jugaklah watak gangster cakap Kelantan yang dibawa oleh Shaheizy Sam.

Secara ikhlas, Abang Nara hanya mampu bagi 3 bintang daripada 5 kepada filem Kongsi ini. Jalan ceritanya memang lemah. Kalau boleh di”touch up” kan sikit jalan ceritanya mungkin filem ini boleh membawa kelainan kepada genre perfileman negara kita. Tapi Abang Nara sarankan anda tonton filem ini terutama kalau anda peminat setia Shaheizy Sam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 11:40 AM | Show all posts
dah agak xbest
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.789086 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list