CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cendawan^Stylo

FILEM KONGSI - LU LANGSI LU MATI

  [Copy link]
Post time 16-5-2011 12:10 AM | Show all posts
time aku tgk ari tu filem ni stat kui 1250..tp aku terlambat,kui 0105 br masuk..tk tau aku dh miss bape minit..
so aku nk tanya...sepanjang yg aku miss tu ada tk dijelaskn kenapa bront tu hantar org dia p jepun india ngn malaysia??
sorry..aku tk bleh tolerate ngn kelemahan cite ni..sgt teruk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2011 12:13 AM | Show all posts
bg aku tumulak aka shahizi sam dlm cerita nilah hero sebenar, bukan fizo omar tuu
sekngucing Post at 15-5-2011 19:52


ini filem anti hero..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 12:41 AM | Show all posts
watak sam - tumuluk tuh sikit2 cam watak joker dlm citer batman lak
main2 kan polis.....gelak2 cam tuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 01:17 AM | Show all posts
Kongsi sejuta dalam sehari walau dikritik!

Post Last Edit by herysulaiman at 16-5-2011 01:07


Saturday, May 14, 2011KUTIPAN FILEM KONGSI, LU LANGSI, LU MATI : RM 1.1 JUTA DI HARI PERTAMA TAYANGAN!






As salam readers...lu langsi, lu mati...hebat betul penangan artis paling popular, Shaheizy Sam dalam filem komedi aksi terbaru arahan Farid Kamil ni! Gile lah! Hari pertama tayang dah RM 1.1. juta....filem melayu pertama yang berjaya mencatat kutipan tertinggi pada hari pertama ditayangkan! Bravo! Bravo!


Menurut Budiey, Kongsi yang memulakan tayangan pada 12 Mei telah mencatat sejarah luar biasa buat industri perfileman Malaysia apabila mencatat kutipan RM1,085,064.00 di hari pertama tayangan termasuk tayangan tengah malam setelah ditayangkan di Malaysia, Brunei dan Singapura. Jumlah ini telah mengatasi kutipan hampir kesemua filem luar termasuk Hollywood apabila berada di tangga kedua selepas Transformer 2 yang mencatat kutipan hari pertama sebanyak RM1.2 juta dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini. Bagi penerbitan filem Malaysia, ini adalah sejarah terbesar di abad ini. Penerbit yakin sasaran RM10 juta yang diletakkan sebelum ini mampu diraih sehingga tamat tempoh tayangan nanti.


Memang dapat bonus besar lah...makin lebar lah senyuman David Teo ni....hahahahha....

credit to Budiey


Review Filem Kongsi, Lu Langsi Lu Mati


305Share


Semalam Abang Nara telah dijemput oleh pihak MIG untuk menonton filem Kongsi yang bakal keluar di pawagam pada 12 Mei 2011 (esok). Terima kasih banyak-banyak atas jemputan. Filem Kongsi yang bertaglinekan “Lu Langsi Lu Mati” merupakan sebuah filem serius komedi. Apa-apa pun kita tengok trailer filem Kongsi dulu.

Diterajui oleh Shaheizy Sam, filem Kongsi agak mengecewakan di mata Abang Nara. Kalau nak diikutkan, kekuatan filem ini sememangnya 100% bergantung kepada lakonan mantap Shaheizy Sam. Kelemahan paling ketara filem Kongsi ialah ketiadaan plot ataupun jalan cerita. Filem Kongsi seolah-oleh filem jalan-jalan jumpa orang dan gaduh. Itu sahaja.
Selain daripada lakonan Shaheizy Sam yang sememangnya tak mengecewakan, filem Kongsi banyak menunjukkan aksi-aksi pergaduhan dan kejar mengejar guna kereta yang mantap. Filem ini sangat sesuai ditonton kalau anda nak hilangkan stress bekerja sebab babak-babak lawak dia agak menjadi jugaklah. Kelakar jugaklah watak gangster cakap Kelantan yang dibawa oleh Shaheizy Sam.
Secara ikhlas, Abang Nara hanya mampu bagi 3 bintang daripada 5 kepada filem Kongsi ini. Jalan ceritanya memang lemah. Kalau boleh di”touch up” kan sikit jalan ceritanya mungkin filem ini boleh membawa kelainan kepada genre perfileman negara kita. Tapi Abang Nara sarankan anda tonton filem ini terutama kalau anda peminat setia Shaheizy Sam.
Akhir pesanan, Lu Langsi Lu Mati. Sekian terima kasih.


ilem: Tarikan pada Sam
     


SEKALI imbas, Kongsi memang filem gah yang menggegarkan panggung dan dinanti-nantikan peminat pelakon utamanya yakni Bintang Paling Popular tahun ini, Shaheizy Sam.Sayangnya, kelemahan tampak sangat jelas pada aspek kerja kamera dan naratif plot yang cuba dirungkai. Jika ditanya adakah kecewa perasaan terbaik untuk mendefinisikan isu yang timbul, maka jawapannya ya! Malah alasan menyifatkan ia adalah sisi seni filem aksi tidak dapat diterima dek akal. Sebab jika benar seperti dikatakan, penonton sebenarnya dihidangkan dengan kualiti fizikal filem yang rendah.
Secara realitinya, kerja kamera beberapa babak berdialog yang statik sepatutnya tidak mempunyai masalah ‘out-of-focus’. Namun itulah isu paling utama yang timbul pada beberapa babak berdialog penting.Lagipun, jika ia berlaku ketika babak aksi mungkin dapat dimaafkan atas alasan faktor operasi kamera dan subjek perlu ‘bekerja’ pada masa sama.
Pun begitu, ucapan tahniah harus diberi kepada pengarah fotografi, terutama ketika merakam babak aksi lawan dan kejar mengejar kereta. Walaupun ada ‘shot’ tampak ‘kabur’ ketika aksi berlangsung, ia masih berjaya memberi kesan debaran.
Seperkara lagi, banyak persoalan timbul tatkala tujuan asal watak utama, Tumulak (Shaheizy) dikembangkan. Penulis mempersoalkan tujuan asal Tumulak dihantar ke Kuala Lumpur oleh Kimpedu (Bront Palarae).
Tidak dinafikan, kewujudan Kimpedu juga dipersoal ramai penonton yang turut sama menyaksikan filem itu ketika sesi tayangan khas lalu. Masing-masing keluar dengan wajah keliru, ada yang berbisik seolah-olah ada yang tidak kena dengan plotnya.
Selain secara jelas bisikan itu mempersoal faktor teknikal yang wujud, mereka juga berasakan mungkinkah lakon layar cerita ini sengaja dibuat begitu supaya jawapannya hanya dapat diketahui melalui Kongsi 2? Walau apapun alasan diberi pihak penerbit, situasi itu tidak harus berlaku kerana secara jujur penonton kita bijak menilai apa yang bagus atau tidak untuk diperkatakan.
Daripada aspek lakonan, Sam dan Bront berjaya melontarkan rasa yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Penulis kagum dengan kelincahan Sam sebagai Tumulak dan sifat tenang tapi penuh rahsia oleh Bront sebagai Kimpedu.
Selain lincah bertarung, aksi komedi bersahaja yang dilontarkannya juga berjaya menggeletek penonton. Loghat Siam campur Kelantan yang disampaikan serta lagak ‘gedebe’ Tumulak mampu melekat di kepala penonton sebaik saja keluar panggung. Malah tidak keterlaluan dikatakan Sam sebenarnya sangat hebat di gelanggang Kongsi! Bagi Bront pula, walaupun babaknya tidak banyak, dia berjaya melontarkan rasa dendam melalui mata dan riak wajah bersahaja. Cuma lontaran rasa dan profesionalisme Fizo sebagai Cif Inspektor Shariff masih lemah.
Secara jujur, tidak mustahil Kongsi boleh menjadi filem pecah panggung susulan aksi Sam yang hebat dan menghiburkan. Namun jika penonton tempatan hadir untuk meraikan kehebatan plot dan gaya pengarahan, maka tepuk dada tanya selera!


>DATA
FILEM: Kongsi
ARAHAN: Farid Kamil
PELAKON: Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Fizo Omar, Putri Mardiana dan Bront Palarae
GENRE: Aksi komedi
TAYANGAN: 12 Mei 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari




http://zubir5588.blogspot.com/20 ... abar-dari-rupa.html

semenjak entry ni keluar...ramai yang kata dan bagi respon citer Kongsi arahan Farid Kamil ( FK ) adalah hancus..yeker???
ada pendapat kata.....

" Petang tu, g tengok KONGSI ... adeh.. serius .. cerita tu hanya di letakkan Sam sebagai ajinamotonya .. bahan yang lain , hancus ... mmg tak menarik langsung !! Camana nak dapat 10 juta ? Tak mustahil boleh dapat tapi tulah kali terakhir aku tengok .."
dan komen yang c.z dapat pulak...

" ofismate cakap filem ni Indah khabar dari rupa..selagi tak tengok sendiri tak boleh nak buat judgement"

betul ke filem arahan FK ni tak best,...Indah khbar dari rupa????...hanya gunakan Sam sebagai agen mempopularkan filem tersebut..dan mampukan filem tersebut mengutip 10 juta????...

apa pendapat anda???
* kepada yang dah tengok filem Kongsi pendapat anda amatlah dialu-alukan
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 02:54 AM | Show all posts
pergh ramai yang cakap xbest. nasib xgi tgk aritu.. nasib2
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 08:40 AM | Show all posts
1 juta tu mungkin sebab Sam.. tapi tak mustahil boleh dapat 10 juta mungkin ada yang suka..just utk berhibur.. tapi pada merry tak terhibur during that movie aku cam "what the hell" tak dapat titik hiburan tu.. tak macam masa tgk "Zombi Kg Pisang" part usop datang masa beduk berbunyi tu.. cuma yang kelakar ikhlas dlm Kongsi ni mamat yg jadi adik Azad yang org Penang tapi ckp KL tu.. tu yang berjaya usik ketawa merry..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2011 09:34 AM | Show all posts
dr pandangan aku citer nie dari segi plot citernyer sembarangan jer. mungkin nak menampakkan dunia samseng. nampak mcm citer samseng Hong Kong pun ada. walaupun begitu plotnya yg lemah banyak diselamatkan dengan lakonan komedi ala samseng Sam. Aksi kejar mengejar dan pergaduhan masih banyak perlu diperbaiki. Mungkin dari segi sudut shot itu sendiri. Sbbnya masa aksi tu berlangsung mcm aku tengok siri drama Gerak Khas lah pulak.

aku tak rasa heran jika ada kongsi 2. jika ada diharap semua persoalan kenapa tumulak dihantar ke KL oleh bossnyer dapat dirungkai. aku juga dpt bygkan jika ada kesinambungan dr Kongsi nih mungkin Tumulak berjaya melepaskan diri semasa di bawa ke penjara. (Ala mcm citer2 Hollywood tu.)

Walau apa pun komedinya sgt melucukan. Antara tagline yg masih aku ingat

"Hang jgn nak ckp KL dgn aku no. Mak hang lahirkan hang kat mana?"
"Nebong tebbbbaalllll,"
"Kat mana?"
"Neboong tebbbbballlllll."
(Aku ingat sbb dua kali si boboy nie ckp nibong tebal.)

Masa si Aizad nih panggiil adik dia si Boboy nih. BAju singlet pink dgn sepit rambut pink. Ish pink sgt.

Masa si Jimmy kena siasat dgn Inspektor Sharif Bin Shariffudin.
"Selamat dtg ka kaldai saya."

Lepas tu masa ada perjumpaan ketua2 kongsi gelap si Jimmy dtg dgn keldainya.

Ketua samseng satu malaysia dah mcm three stooges.

Part si sam carikkan tilam guna pisau dan lepas tu peggang senjata mengigil.
" Nak pasang pun tak tahu" (bahasa kelate).

Dr segi komedi ceriota nie sesuai untuk gelak lah jer. Kalo dr segi sudut pengisian jln cerita nie ringan sgt sampai ramai juga penonton yg mempertikainya. Kenapa? banyak sgt di kepala penonton termasuk aku.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 09:35 AM | Show all posts
aku dgn kawan aku ketawa habis habisan dari mula sampai akhir
-dah la bront palare dok mencarut aii heeee ai heeeeeeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2011 11:29 AM | Show all posts
pergh ramai yang cakap xbest. nasib xgi tgk aritu.. nasib2
rose_weedy Post at 16-5-2011 02:54


untuk happy2 x rugi tgk citer nih.

kalo mengharapkan sesuatu pada filem KONGSI ni mmg anda akan rasa kecewa sgt. boleh dikatakan zero. masih banyak perlu diperbaiki.

so setiap org ada kemahuannya sendiri. so bende nie subjektif. nak kondem pun ok. nak support kira oklah. kalu mcm ko tunggu jerlah time raya ker ataupun dvd jer.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 11:35 AM | Show all posts
untuk happy2 x rugi tgk citer nih.

kalo mengharapkan sesuatu pada filem KONGSI ni mmg anda ak ...
AMDTurion Post at 16-5-2011 11:29 AM


tu la.. tunggu je la jadi astro first.. then mesti ada orang sebarkan link download..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 12:02 PM | Show all posts
seriously ak x sk citer nih ...dh tgk ..plot citer mmg le sgt longgar .............x fhm np bront beria nk suh sam bunuh org ..ape kaiitan dier ngn 3 bos besar tu ?
fizo ant watak utama tp mcm x wujud je dier ???????????
watak aizat tu pun mcm mebazir je..xd perkembngn watak ......kesimpulannye ..citer nih kalo bg bintang..ak kasik 1 je kot ....dr 5 ...
x heran la kan .....pengarah farid terbitan MIG...no wonder...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 12:05 PM | Show all posts
member aku g tengok semalam dia cakap best..kelakar abis...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 12:14 PM | Show all posts
seriously ak x sk citer nih ...dh tgk ..plot citer mmg le sgt longgar .............x fhm np bront be ...
juju_amin84 Post at 16-5-2011 12:02



saje nak buat gimmik jer tu kot. kalo ada Kongsi 2 nanti pun baru tu diberitahu kenapa si Tumulak dihantar ke KL. saje diorg nka tgk reaksi penonton. kalo ada yg suka mungkinlah diorg buat sekuel. dr apa yg aku lihat si FK nih mcm nak mencuba shot2 aksi jer. eksperimen kata org tuh. tu sbbnya plotnya boleh dikatakan zero. malangnya babak2 aksi ni pun masih banyak perlu diperbaiki. cuma part komedi jer yg menjadi. (tipikal citer melayu). genre pun aksi komedi kan. aku keluar panggung pun mcm terpinga-pinga jer. walaupun lenguh perut ketawa tapi penghayatan citernya sgt2 zero.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 02:55 PM | Show all posts
naperla suka bandingkan fk ngan shamsul nie yer?...yg gua nampak sama kat cerita berkaitan gangster jer...genre pun lain...satu action comedy...satu g action...aku pun rasa cerita ni agak longgar jalan cerita dia tapi bila pikir balik just comedy je kan...why so serious?...huhu...lagipun baru dua muvi si fk nie...bg peluang dia belajar...lgpun dia sorang2 jer...x derla harapkan bapaknyer tolong mcm shamsul tu...huh?...si usop tu x tolong shamsul ker...terlalu la x logiknya...skrip pun aku tgk sama jer ngan pilem2 bapaknya...lagipun dia dah dr kecik terdedah dgn kerja2 perfileman ni...budget pun ok kan...(bak kata johan ngan zizan dlm maharaja lawak tu)...so bg peluang jerla...lama2 mungkin ok...kita tunggu jer...nie ada yg ckp...baik tgk fast five...huhu...yg nie lagi la x diterima logik akal...ko bandingkan kongsi ngan fast five?....ko baru kuar utan ker?...x tau perkembangan filem malaysia takat mana?...so dr genre action comedy tu aku leh kata 2-2 sampai....action ok...comedy pun ok...nak jalan cerita best?...jgn la tgk cerita pasal gangster bai...dr zaman godfather...sampai ker untouchable,gangster,castello,kongsi,kl gangster...apa lagi yg ada dlm cerita2 camtu...?balik2 gaduh,rebut kawasan,balas dendam,ganggu keamanan...tu jerla...nak jalan cerita best g tgk genre adventure,drama,family,horror,misteri,sains fiction,thriller la...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 03:58 PM | Show all posts
Reply 106# MerryPropa


yup..part tu memang lawak sikit...tapi keseluruhan cite nie biasa je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 04:06 PM | Show all posts
keseluruhan cerita ni lawak laa
-ntah la apa taste korang, mula2 lagi bront tu dok mencarut dlm bahasa siam
-dok sebut aii ehhh ai heeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2011 04:20 PM | Show all posts
saje nak buat gimmik jer tu kot. kalo ada Kongsi 2 nanti pun baru tu diberitahu kenapa si Tumu ...
AMDTurion Post at 16-5-2011 12:14



   seriously ak stat ngtuk suku citer ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 04:46 PM | Show all posts
xbest.. nth ape2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 04:48 PM | Show all posts
aku dah tengok hari Sabtu kat TGV Suria, full house.  Pada aku mmg lawak esp few characters Mikail, Siva and of course Sam.  Sam mmg giler best dalam citer nih, tengok dia lawan dan macam spiderman campur cicakman........action moves Sam mmg clean and crisp.  Emotionally pon he delivers well.  Superb lah his performance.

Jalan citer yg agak longgar aku boleh terima.  Aku paham lah kenapa Tumulak sampai Mesia, apesal dia bunuh sume org tuh and apesal dia benci Inspector tuh.  tapi kalo dikemaskan lagi sume plot nih mmg lagi molek.   

I expect better ending than masuk dalam lumpur and kena gantung bagai tuh......it looks so 70's and 80's punyer ending.

Kalo ader Kongsi 2 aku sokong sebab generally jalan citer sume dah chantek tinggal tak kemas and banyak soalan2 boleh dijawap and karater lain cam Bront aka Kimpede boleh dikembangkan.

3/5 (Adnan Sempit way better and memorable)
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 04:55 PM | Show all posts
aku dgn kawan aku ketawa habis habisan dari mula sampai akhir
-dah la bront palare dok mencarut aii ...
sekngucing Post at 16-5-2011 09:35


lawak derang mmg menjadi kan?.. best per... aku gelak tak ingat... dlm panggung tu ramai yg enjoy... citer mmg la berterabur..tak de motif sebenar...

antara aku ingat  Nibong Tebal ...
selamat datang ke keldai saya
cubit bla..bla supo pondei
sam cakap klate+siey mmg fuhh...
tak reti pakei pistol n senapang
sam mmg ringan ja badan dia lompat2...
samseng 1 Malaysia gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.060804 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list