Post Last Edit by juju_amin84 at 23-3-2012 13:09
Salam,
Pertama sekali maaf jika saya membuka thread yang sudah sedia ada di sini. Bila di cari nampaknya masih belum ada ruangan Blogger dari Melaka kecuali pada bahagian komputer dan internet. Jika thread ini sudah ada harap admin dapat memadam thread yang saya buka ini. Terima kasih.
Dalam thread blogger melaka ini, mari kita kumpulkan blogger yang ada di melaka atau yang berasal di Melaka.
Tuliskan nama kamu.
Nama blog.
Isi kandungan blog berkisar tentang apa.
Berapa kali sehari kamu mengemaskini blog
Iklan yang di pasang di blog
Apakah yang kamu harapkan dari blog kamu
dan lain-lain yang berkaitan.
Okey, saya mulaka dengan memperkenalkan blog saya.
Nama saya Tedi lahir di Melaka, berasal dari Melaka dan kini bekerja dan menetap di Melaka.
Kamu boleh mengenali saya lebih lagi dengan melawati laman blog saya di
http://myqza.blogspot.com/
Saya menggunakan tag line "Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik'. Mungkin saya agak pendiam orangnya tetapi lebih suka menulis. =))
Blog saya berkisarkan kehidupan sehari-hari saya. Saya sangat sukakan haiwan yang bernama kucing. =)) Jadi tidak hairanlah kalau dalam blog saya mempunyai banyak gambar dan kisah-kisah kucing. Tidak kiralah milik sendiri, kucing orang lain atau kucing jalanan yang sering menjadi mangsa sepak terajang orang lain.
Kini atas dasar hambatan waktu saya biasanya hanya mengemaskini 2-3 kali sehari.
Iklan yang saya pilih untuk di letakkan di laman blog ialah dari Nuffnang kerana saya amat berpuas hati dengan apa yang saya dapat bila memasangnya.
Saya mengharapkan bila orang lain membaca blog saya, mereka juga akan mempunyai rasa kasih dan sayang kepada haiwan . Tidak kiralah apa jenis sekalipun. Kadang-kadang manusia lebih suka bersifat kejam dari menunjuk rasa prihatin mereka. Haiwan tidak boleh berkata-kata tetapi mereka pasti mengharapkan layanan yang baik dari mereka yang di kurniakan akal dan fikiran yang waras.
Okey. Saya harap thread ini akan dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita di Bumi Melaka ini.
terima kasih.
|