View: 1725|Reply: 0
|
[Johor]
'Bidadariku perlukan ubat bernilai RM420,000'
[Copy link]
|
|
MUHAMMAD Adam menjaga isterinya, Norfarahain. FOTO Mary Victoria Dass
Johor Bahru: "Ubat yang disyorkan doktor menyamai dengan harga sebuah rumah iaitu RM420,000 dan jelas kami tidak mampu," kata anggota tentera Muhammad Adam Abdullah, 29.
Muhammad Adam berkata, suntikan pembrolizumab diperlukan isterinya, Norfarahain Abd Manap, 34, yang menghidap kanser limfoma tahap dua untuk meningkatkan peluang hidup.
"Ubat itu disyorkan doktor bertujuan meningkatkan sistem imunisasi badan bagi mengesan, melawan sel tumor secara sasaran dan meningkatkan peluang hidup buat penghidap kanser paru-paru.
"Isteri memerlukan 24 suntikan berharga RM420,000, harganya sangat tinggi dan kami tak mampu serta dalam keadaan terhimpit.
"Tetapi saya tetap berusaha memohon bantuan dari agensi berkaitan dan berharap menerima maklum balas sesuai.
"Saya sangat berharap isteri mendapatkan rawatan sesuai dan cepat sembuh," katanya ketika ditemui hari ini.
Muhammad Adam yang baharu memeluk Islam awal tahun ini berkata, Norfarahain didiagnos menghidap kanser limfoma peringkat awal Ogos tahun lalu dan menjalani rawatan kemoterapi sebanyak enam kitaran yang tamat Februari lalu.
Namun, katanya, sel kanser kembali aktif Jun lalu dan sudah mencecah tahap dua, serta merebak ke paru-paru.
Menurutnya, hasil pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan), isterinya didapati memiliki ketumbuhan sebesar 12 sentimeter di paru-paru hingga mengganggu sistem pernafasan.
Keadaan itu, katanya, menyebabkan isterinya kerap batuk, sesak nafas serta badannya dalam keadaan lemah.
Muhammad Adam berkata, doktor menasihati isterinya menjalani Imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET Scan) di hospital swasta untuk mengetahui tahap kansernya kerana keputusan diperoleh lebih cepat.
"Kami tidak mampu membiaya kos kira-kira RM2,000 kerana ia menyamai pendapatan saya sebulan.
"Kami juga perlu menanggung persekolahan dua anak serta kos pembelian ubat isteri termasuk ubat cairkan darah, susu khas disyorkan doktor selain vitamin yang mencecah kos RM500 sebulan.
"Ia tidak termasuk tambang teksi ke hospital," katanya yang mengahwini isterinya yang juga ibu tunggal mempunyai dua anak, 17 Februari lalu.
Sementara itu, Norfarahain yang sudah menjalani kemoterapi mulai Jun lalu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) berkata, dia dan suaminya buntu memikirkan nasibnya sekiranya gagal menjalani rawatan atau mengambil ubat sesuai.
"Saya bersyukur memiliki suami penyayang dan tidak mengabaikan saya walaupun sakit.
"Saya mengalami keguguran rambut, tubuh menjadi bengkak selain kerap sesak nafas sejak memulakan rawatan kemoterapi.
"Kemoterapi seterusnya pada 9 Ogos depan dan saya berharap semuanya lancar," katanya.
Orang ramai yang ingin meringankan beban Norfarahain boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank miliknya di 162786154316.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-bernilai-rm420000 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|