CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1778|Reply: 9

[Politik] BN-PH Kelantan Bakal Isytihar Manifesto PRN Esok

[Copy link]
Post time 4-8-2023 05:15 PM | Show all posts |Read mode



KOTA BHARU, 4 Ogos – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kelantan bakal mengisytiharkan manifesto mereka sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.

Setiausaha BN Kelantan, Datuk Seri Dr Md Alwi Che Mad berkata, terdapat beberapa perkara menarik akan diumumkan dan beliau yakin ianya mampu memberi impak terhadap sokongan rakyat di Kelantan.

“Sukacita saya maklumkan bahawa manifesto BN-PH akan siap dan kita akan isytiharkan pada esok pagi. Pengisytiharan itu akan dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kelantan yang juga Pengerusi BN-PH Kelantan iaitu Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub.

“Ada beberapa perkara menarik yang saya yakin boleh memberi impak kepada para pengundi dan janji kita ini adalah sesuatu yang boleh ditunaikan,” katanya pada satu sidang media pagi tadi di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, di sini.

Menurutnya, salah satu manifesto BN-PH di negeri itu adalah untuk menubuhkan sebuah kolej universiti tahfiz Sains yang mampu untuk melahirkan huffaz dari bidang profesional.

“Satu perkara yang saya boleh sebutkan disini ialah kerajaan bersetuju untuk menubuhkan sebuah kolej universiti al-Quran tahfiz Sains. Maknanya, kolej ini akan melahirkan huffaz yang terlibat dalam bidang profesional.

“Manifesto ini jelas adalah untuk memperbetulkan banyak kesilapan dan janji-janji yang gagal ditunaikan oleh kerajaan negeri. Kita yakin perkara ini dapat dilaksanakan kerana kita bersama dengan Kerajaan Perpaduan yang berupaya untuk mengotakan janji.

“Saya masih melihat kepada data-data dan optimis untuk mempertahankan lapan kerusi sedia ada dan merampas lagi lapan kerusi. Manakala PH pula bertanding 14 kerusi, maka kita berharap mereka boleh ‘deliver’ sekurang-kurangnya tujuh kerusi,” katanya lagi.

Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan bermula dengan Hari Penamaan Calon pada 29 Julai lalu.

Hari Pengundian Awal akan berlangsung pada 8 Ogos ini manakala hari Pengundian pula pada 12 Ogos.

Seramai 31 calon BN dan 14 daripada PH bertanding di Kelantan untuk PRN kali ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2023 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku harap BN pegang balik Kelantan..dan majukan Kelantan..dan pastikan tradisi orang Melayu Kelantan tak pupus
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebaiknya DAP yg perintah Kelantan.  Kita mau perempuan2 Melayu  memakai hot pants dan budaya LGBT disuburkan di Kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 5-8-2023 12:23 AM
Aku harap BN pegang balik Kelantan..dan majukan Kelantan..dan pastikan tradisi orang Melayu Kelantan ...

bn pernah pegang jiran sbelah dia. mcm tu gak. x berkembang
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
ipanimanz1 replied at 5-8-2023 12:56 AM
bn pernah pegang jiran sbelah dia. mcm tu gak. x berkembang

Terengganu tak maju sebab banyak mat pit..Kedah tak maju sebab banyak mat rempit..Perlis punca dari Ketum.

Kelantan masih boleh diselamatkan sebab paling teruk orang kelantan main sabung ayam je
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Percayalahhh. Esok lusa depa dah dapat depa kencing hangit hangpa sambil ratib kerajaan negeri dulu tinggai hutang belambak berulang2 kali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2023 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 5-8-2023 12:59 AM
Terengganu tak maju sebab banyak mat pit..Kedah tak maju sebab banyak mat rempit..Perlis punca dar ...

Deyols main kuda xde kaki.

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-8-2023 02:43 AM
Deyols main kuda xde kaki.

Orang Melayu tak maju ada 3 sebab

1. Arak & Dadah
2. Perempuan & Motor
3. Judi / Nombor ekor tanpa lesen.

Ini punca Melayu meminjam duit dan bankrap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2024 11:11 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2024 11:11 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.191399 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list