View: 3526|Reply: 5
|
[Tempatan]
‘Gelombang PN sangat positif’ sekadar kenyataan politik, kata Anwar Ibrahim. #3, PRN: Sambutan positif penyokong PN sekadar kenyataan politik
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 5-8-2023 07:59 AM
‘Gelombang PN sangat positif’ sekadar kenyataan politik – Anwar
https://www.utusan.com.my/nasion ... -kenyataan-politik/
Oleh KHUZAIRI ISMAIL
5 Ogos 2023, 2:23 pm
ANWAR IBRAHIM
BUTTERWORTH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kononnya sambutan penyokong terhadap Perikatan Nasional (PN) di enam negeri pada pilihan raya negeri (PRN) sehingga kini sangat positif, tidak lebih sekadar kenyataan politik.
Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, beliau sendiri turut menerima sambutan luar biasa daripada rakyat ketika turun berkempen di Kedah, semalam.
“Tak mengapalah, itu kenyataan politik. Saya di Kedah semalam, sambutan luar biasa baik. Kita tak boleh nafikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebelum ini, Takiyuddin dilaporkan berkata, gelombang PN di enam negeri memberi isyarat jelas Kerajaan Perpaduan akan turun takhta pemerintahan pada ‘Ogos’ nanti.
Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau yakin pada akhirnya rakyat akan memilih politik yang stabil dan yang menolak pandangan pelampau serta ekstrem selain dapat memacu pertumbuhan ekonomi.
“Perkara itu sudah menjelaskan kejayaan kita dalam bidang itu,” katanya. – UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedapkan hati je ke tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
PRN: Sambutan positif penyokong PN sekadar kenyataan politik
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... taan-politik-anwar/
Oleh KOSMO!
5 Ogos 2023, 2:09 pm
ANWAR (tengah) ketika hadir merasmikan Majlis Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-16 (PERKEM 16) di Butterworth, hari ini.
SEBERANG PERAI – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung sambutan positif oleh penyokong Perikatan Nasional (PN) di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hanyalah sekadar kenyataan politik.
Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, sambutan luar biasa juga diterimanya ketika turun berkempen di Kedah semalam.
“Tak mengapalah, itu kenyataan politik, saya di Kedah semalam, sambutan luar biasa baik. Kita tak boleh nafikan.
“Akhirnya, rakyat memilih pertama, satu politik yang stabil, yang menolak pandangan pelampau yang ekstrim dan juga memaju pertumbuhan ekonomi. Kita telah jelaskan kejayaan kita dalam bidang itu,” katanya kepada pemberita di Butterworth di sini, hari ini.
Semalam, Takiyuddin ketika berucap pada Ceramah Umum Pakat Pertahan Parlimen Ketereh di Kota Bharu, Kelantan berkata, Gelombang Perikatan Nasional (PN) di enam negeri memberi isyarat jelas Kerajaan Perpaduan akan turun takhta pemerintahan pada Ogos nanti.
Katanya, sambutan penyokong di enam negeri sehingga kini sangat positif dan meminta semua pengundi terus menyokong PN dengan menterjemahkan menerusi kertas undi pada 12 Ogos nanti. – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
takpelah...biar rakyat yg decide nnt... yg penting iollz notice PN makin hari makin mendapat sokongan orang Melayu... |
|
|
|
|
|
|
|
mungkinkah 'undi protes' bakal menangkan PN??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|