CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2711|Reply: 7

[Tempatan] Ketirisan atau kegagalan tata kelola dan libat urus kerajaan madani: Ramai tidak tahu inisiatif kerajaan bendung inflasi dan kos sara hidup

[Copy link]
Post time 6-8-2023 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 6-8-2023 12:27 PM



70 peratus responden tidak tahu inisiatif kerajaan bendung inflasi dan kos sara hidup.

SHAH ALAM - Sebanyak 70 peratus daripada 1,068 responden kerusi marginal (majoriti tipis) semua kaum menyatakan mereka tidak mengetahui sebarang dasar atau inisiatif dilakukan kerajaan untuk membendung inflasi atau mengurangkan kos sara hidup.

Berdasarkan kajian Endeavour-MGC (EMGC) juga mendapati 32 peratus responden di kerusi marginal kaum Melayu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor turut mengatakan perkara yang sama.

“Hanya 30 peratus responden daripada semua kaum dan 32 peratus responden Melayu memaklumkan bahawa mereka mengetahui dasar-dasar yang dilakukan oleh kerajaan itu,” katanya dalam kajian tersebut.


Kaji selidik yang mengambil pendekatan persampelan rawak berstrata itu dilakukan pada 22 hingga 28 Julai lalu itu kepada responden yang berdaftar sebagai pengundi di 34 kerusi DUN.

Sementara itu, bagi kaji selidik tahap kerisauan responden berkenaan kesan inflasi ke atas kewangan peribadi pula, 54 peratus responden semua kaum menyatakan mereka amat prihatin, 41 peratus pula sederhana dan lima peratus sedikit prihatin.

Menurut kajian itu lagi, 56 peratus daripada 724 responden di kerusi marginal Melayu menyatakan amat prihatin berkenaan kesan inflasi ke atas kewangan peribadi mereka.

“40 peratus pula adalah sederhana prihatin dan empat peratus lagi sedikit prihatin terhadap kesan inflasi kepada kewangan peribadi.

“Tiada responden daripada kerusi marginal pelbagai kaum dan responden kerusi marginal Melayu menyatakan mereka tidak prihatin dan tidak mengetahui isu tersebut,” jelas EMGC.


https://www.sinarharian.com.my/article/272178/berita/ramai-tidak-tahu-inisiatif-kerajaan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2023 12:29 PM | Show all posts
benda simple kut formula ekonomi

ringgit jatuh teruk ringgit rahmah, beli barang import guna us dollar maka automatik barang harga akan naik

ada tiga cara peniaga hadapi kos ringgit lemah:
> jual kombo/ atau tambah size dan harga/ atau rebranding packaging baru
> tambah inti oksigen
> tambah naik harga

sebab tu rakyat rasa harga naik meroket.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2023 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
...semua kaum menyatakan mereka tidak mengetahui sebarang dasar atau inisiatif dilakukan kerajaan untuk membendung inflasi atau mengurangkan kos sara hidup...serius kalau macam ni...apa reaksi bangnon
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 03:09 PM | Show all posts
yg rahmah bagai bantuan2 bulanan suma tu dasar la tu

depa taw tp buat2 tak taw buta tuli b40 apa depa taw

depa ingat dasar tue cam dasar laut kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 06:55 PM | Show all posts
tengok kes beras tempatan je cukup, kena game dengan tauke2 mata sepet jeee
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ujung2, ajak debat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2023 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh tu apa lagi yg ko tunggu??suruh la mnteri komunikasi apa nama dia tu aq dh x ingat wat keja...war2 kan apa bantuan/inisiatif kerajaan untuk bantu rakyat,macam mana nak mintak bantuan,nak call sapa,nk g mana,siar kat tv3 suku tu banyak2,org2 lama suka tengok berita tv3,guna la masa tu untuk hebahkan pada rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2024 11:40 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.043972 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list