CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 65878|Reply: 31

[Tempatan] Ramai antara pesakit diebetes yang mengikuti modul rawatan saya telah pun berhenti mengambil insulin dan semakin pulih-Dr Siti Juariah Kusni(Dr. Jue).Anda nak coba?

[Copy link]
Post time 8-9-2024 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bercerita mengenai pembukaan D’Jue Wellness, beliau mengesahkan mengalami penyakit autoimmune yang memerlukan dirinya menerima rawatan perubatan dan mengalami simptom sampingan.



Doktor menyarankan agar saya mengambil beberapa jenis ubat termasuk cytotoxic dan steroid bagi merawat penyakit saya. Selepas setahun saya makan ubat-ubat tersebut, tubuh saya mula menunjukkan kesan sampingan."

Akhirnya, Dr Jue mengambil keputusan untuk berhenti dari mengambil semua ubat-ubatan.
Tindakan itu menyebabkan penyakit dihidapi semakin teruk sehingga menyukarkan Dr Jue untuk berjalan dan terpaksa di tolak dengan kerusi roda.

Semasa memikirkan penyelesaian tentang penyakit yang di hadapi, Dr Jue belajar tentang perubatan functional iaitu perubatan holistik untuk merawat setiap penyakit kronik dengan melihat semua punca dan akar umbinya.
Melalui pengalaman sendiri, Dr Jue menggunakan cara yang sama untuk merawat pesakitnya.

Jelasnya lagi, beliau mengamalkan proses ‘cut sugar‘ iaitu elakkan memakan apa sahaja makanan dan minuman manis sambil mengamalkan puasa 16 jam (intermitten fasting) disamping pemakanan sihat dan senaman.

Tambahnya, bermula dengan membuat siaran secara ‘live’ di Facebook rasminya berkenaan kesedaran kesihatan, ramai pengikutnya meminta beliau membuat seminar kesihatan

Saya bermula pada tahun 2018, dan kini telah membantu hampir 4,000 orang pesakit diabetes dan pelbagai penyakit lain dengan mengamalkan konsep berpuasa dan elakkan gula.

“Ramai antara pesakit yang mengikuti modul rawatan ini telah pun berhenti mengambil insulin dan semakin pulih” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai mentor perniagaan, beliau menjelaskan menerima bimbingan dari RichWorks dan Dr Azizan Osman. Katanya, bimbingan bertepatan dengan keperluan perniagaan termasuk soal pengurusan dan pematuhan dalam perniagaan sangat membantu dalam memperkenalkan lagi pusat D’Jue Wellness.

Hasilnya, beliau berjaya membuka tiga cawangan D’Jue Wellness Centre, pusat rawatan integrasi untuk pesakit kronik seperti diabetes, selain menjadi pusat rawatan alternatif dan hub jualan produk kesihatan bagi pesakit memerlukan modifikasi diet.

“Kini saya mempunyai lebih 30 pekerja berbanding dahulu 3 orang sahaja” katanya.

Ustaz Wan Hamidi bin Wan Mat, seorang pesakit diabetes selama lebih dari belasan tahun, berkongsi pengalaman luar biasanya dalam merawat penyakit kroniknya tanpa perlu bergantung kepada ubat dan insulin. Ustaz Wan Hamidi telah mengalami pelbagai komplikasi akibat diabetes, termasuk serangan jantung, strok, masalah mata, serta kerosakan saraf pada kaki dan tangan.

Namun, segalanya berubah apabila beliau bertemu dengan Dr. Jue dari D’Jue Wellness. Dr. Jue mencadangkan Ustaz Wan Hamidi mengikuti protokol kesihatan yang ketat, termasuk berpuasa, mengurangkan gula, mengelakkan protein haiwan, dan mengamalkan protein tumbuhan. Selain itu, Dr. Jue juga mengesyorkan kaedah memasak nasi dicampur minyak kelapa dara lalu menyimpan nasi dalam peti ais selama 12 jam sebelum dimakan.

“Selepas mengikuti protokol tersebut, saya berhenti mengambil segala ubat dan insulin sepenuhnya. Bacaan gula darah saya yang dahulunya tinggi, kini berada pada tahap normal, malah doktor terkejut dengan perubahan ini,” katanya. Dalam masa sebulan, bacaan HbA1c Ustaz Wan Hamidi turun kepada 5.7, satu pencapaian yang mengagumkan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak cuba? Ingat ini resepi buat kuih ka nak cuba2
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau puasa ngan cut gula tu mmg semua org dah sedia maklum boleh bantu pulihkan masalah kesihatan yg berpunca dr gaya hidup. DISIPLIN tu yg susah haa padahal nak makan gula kena BELI, nak puasa FREE je
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Apabila nama jijan seman sebagai mentor..terus abaikan artikel ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia caj memahal huntok ajar benda basic jaga kesihatan kat orang ye?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
baca sampai jumpa perkataan dr zizan seman richwork, aku stop..mengarut!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2024 12:01 PM | Show all posts
Simple tapi tak semua mampu buat... buat IF 16 jam...low carbo no sugar dan exercise 30 mins a day..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni doc perubatan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2024 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Puasa tu boleh dah, sekali berbuka tu dia penuh satu meja.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ee kossserrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg idok le nak percaya
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
bintangct replied at 8-9-2024 12:22 PM
dia ni doc perubatan ke?

Mmg doktor..ada klinik kat labis .
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 09:28 AM | Show all posts
Saya lak...dari buat IF tu saya buat puasa sunat je. Exercise kena buat juga.
Hari tak puasa tu exercise lebih sikit la. Make sure tak guna lif atau escalator bila nak naik/turun platform MRT.
Itu cara saya la..
Doktor tak galakkan ambik apa2 supplement. Pemakanan tu mesti seimbang. Jgn tanya apa perlu makan katanya, dah tua takan tak reti tgk piramid makanan
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 09:34 AM | Show all posts
bakingsoda replied at 8-9-2024 11:28 AM
kalau puasa ngan cut gula tu mmg semua org dah sedia maklum boleh bantu pulihkan masalah kesihatan y ...

itu la. tak payah nak sign up program dia pun buat je la sendiri
bila sign up prog dia mesti kena beli produk segala tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ada jerit saya ulang saya ulang tak
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 10:52 AM | Show all posts
Nampak nama Richworks, terus aku abaikan artikel ni selanjutnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 11:07 AM | Show all posts
ada family org meols kenal baru meninggal sbb diabetes...detected diabetes just about 3 years ago..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr Mani 2 ka ni?

Ke Dr Norman 2? Ha pilih2
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 8-9-2024 03:12 PM
Puasa tu boleh dah, sekali berbuka tu dia penuh satu meja.

Ye mmg lapar kalau posa ni. Masa meols kecik lom abes azan nasi dah abes menjelang abes azan. Tak senonoh perangai dulu2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 12:45 PM | Show all posts
makita replied at 9-9-2024 11:35 AM
Ye mmg lapar kalau posa ni. Masa meols kecik lom abes azan nasi dah abes menjelang abes azan. Tak  ...

tu namanya Gelojoh!






Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.408441 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list