CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7262|Reply: 37

Pelari Somalia Tegaskan Kaki Cedera, Terpaksa Lari Perlahan

[Copy link]
Post time 6-8-2023 07:41 PM | Show all posts |Read mode
Mogadishu, Somalia – Pelari dari Somalia, Nasra Abubakar Ali, yang menerima kecaman ramai selepas berlari dengan amat perlahan ketika menyertai acara pecut 100 meter tampil mempertahankan dirinya dengan mendakwa bahawa kakinya mengalami kecederaan, lapor portal berita Citizen Digital.


Dalam klip video yang tular di media sosial, Nasra dilihat berlari dalam keadaan seperti berjoging ketika bertanding dalam kejohanan Sukan Universiti Dunia di China minggu lalu.


NASRA dikritik hebat selepas lariannya dalam acara pecut disifatkan seperti berjoging. – CBS NEWS




Dia menamatkan larian dalam masa 21 saat, hampir dua kali ganda daripada masa dicatatkan juara acara itu, Gabriela Silva Mourao, iaitu 11.58 saat.


Selepas menerima kecaman hebat, Nasra menjelaskan bahawa meskipun kakinya mengalami kecederaan, dia tetap komited untuk menamatkan larian tersebut.


“Somalia sepatutnya tidak layak untuk memasuki perlumbaan itu, namun saya tetap berlari dalam keadaan kaki yang sakit. Sebaliknya, saya dikritik hebat,” katanya.


Susulan kejadian itu, Kementerian Belia dan Sukan Somalia menggantung tugas Pengerusi Persekutuan Olahraga Somalia, Khadija Aden Dahir selepas dia dituduh melakukan penyalahgunaan kuasa dan nepotisme disebabkan Nasra ialah anak saudaranya. – AGENSI




Sumber: Kosmo! Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2023 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Hang takde gaya atlit pecut pun dik non...ni bukan body shamming yer
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
tengok badan pon tau bukan kaki jogging, sprinter jauh sekali
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 08:09 PM | Show all posts
Susulan kejadian itu, Kementerian Belia dan Sukan Somalia menggantung tugas Pengerusi Persekutuan Olahraga Somalia, Khadija Aden Dahir selepas dia dituduh melakukan penyalahgunaan kuasa dan nepotisme disebabkan Nasra ialah anak saudaranya

dapat tiket flight free lah tu melancong
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakit kaki tader atlit simpanan ka utk replace?
Xpon forfeit awal² sbb sakit kaki.
Kan dh kecoh guna kabel masuk btanding.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2023 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Relek dik..rapiji pun banyak auta...tenang jer jawap kat media..yang penting konfiden.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 09:18 PM | Show all posts
Belibis replied at 6-8-2023 08:31 PM
Relek dik..rapiji pun banyak auta...tenang jer jawap kat media..yang penting konfiden.

bila budak tak habis graduate sastera urus tatakelola ekonomi. result ringgit rahmah junammm bursa pelabur lari... pandai deme spin investor lari sebab ringgit lemah. realiti investor ok je hold position as long economy stay strong or positive growth. bila ramai palatao ekonomi senanglah nak reka naratif dan tabur angan2 mat jenin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2023 09:20 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 6-8-2023 08:19 PM
Sakit kaki tader atlit simpanan ka utk replace?
Xpon forfeit awal² sbb sakit kaki.
Kan dh kecoh gun ...

tu atlit lempar cakera or lembing or lontar peluru ...logiklah. ni masuk 100 meter. confident betul walaupun takde kelulusan ekonomi nak urus ekonomi. pfft
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Cutting body pun dah nampak takde ciri2 aerodynamic lgsg dik oiii!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 6-8-2023 09:18 PM
bila budak tak habis graduate sastera urus tatakelola ekonomi. result ringgit rahmah junammm ...

wiki dia...tulis...dia amik..electrical engineering kt university of Leeds.sampai tahap mana tu??? Dlm bidang ekonomi ada tak???
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 09:55 PM | Show all posts
biasa laa... pompuan mana nak ngaku kalah  

salah kan kaki dia yang injured la pulok,
kalau tak pasti champion
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Huntonglah dapek melancong pree ke tanah besar
Beli ole2 apa untuk mak sedare tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaga muka close up si Nasra ni mirip kosmet aku dulu Mek Yan namanya (bukan Yanti bipolar).
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon dia join lompat tinggi pulak lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 11:01 PM | Show all posts
Masa ko lompat2 fefeeling comel kat garisan penamat tu tak sakit pulak kaki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2023 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kot ye pun nak masukkan anak buah, carilah yg bebetul atlit.
Tak beragak langsung, mmg takde rupa seorang pelari pun.

Dahla wakil negara kot agak2 laa dah mcm nk sabotag negara sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dokumen bole palsukan apetah lg kecederaan
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Yihhhh. Badan gundu, kaki yg disalahkan.
Muka betina ni menjengkelkan, huh. Aku tgk mcm nak sepak2 je. Nmpk sgt muka bangga pakai cable. Yihhh, Kalau dkt office ni, mau kena pulau ni, manusia mcm ni. Masuk pakai cable, lembab, useless, byk alasan. Sah kau akan dipulAu
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau dgn pakcik kau, dua2 bongok bin bangang.
Nak masukkan pakai cable pun, pilihla acara selain balapan. Tak pon masuk dlm acara yg berkumpulan. Tak nmpk lah yg kau tu gundu + useless! Jadi pemain simpanan pun dah kira ok.
Betina ni mesti nak dpt bragging rights kan? Yelah, boleh la letak dlm resume - Mewakili negara dlm acara 100m peringkat sukan universiti dunia
Byk betul alasan dia ek?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.092007 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list