View: 1771|Reply: 3
|
Bapa Lastik Mata Cikgu Sampai Buta Serah Diri, Menangis Mohon Maaf - 'Saya Takut Dipukul Polis'
[Copy link]
|
|
"Takut encik, takut dipukul polis."
Demikian pengakuan bapa yang melastik biji mata seorang guru di SMA di Kabupaten Rejang Lebong, Bengkulu, Indonesia sehingga buta.
Selepas empat hari menjadi buruan, lelaki itu akhirnya menyerah diri di Ibu pejabat Polis Rejang Lebong pada Sabtu, ditemani keluarganya, lapor Gempak.
TribunNews
Dia juga menangis ketika memohon maaf kepada Zaharman yang mengalami kecacatan kekal pada mata kanannya.
Ketika ditemu bual TribunBengkulu.com, suspek yang menangis mendakwa dia menjadi emosi apabila mendapat tahu anaknya ditendang guru terbabit.
Dedahnya, dia melarikan diri ketakutan selepas mendapat tahu yang batu lastik mengenai tepat pada mata guru berkenaan.
Dia juga takut untuk menyerah diri kepada polis kerana bimbang dikasari.
"Menyesal sungguh encik, saya mohon maaf yang sebesar-besarnya," ujarnya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Rejang Lebong Resort Kompol Yusiady berkata, suspek menyerah diri selepas keluarganya didekati polis yang memohon kerjasama.
Terdahulu, suspek dilaporkan bertindak di luar kawalan dengan melastik Zaharman kerana guru tersebut menendang anaknya yang kantoi menghisap rokok. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ohhhh tahu takut kena pukul....sebelum buat tak fikir... |
|
|
|
|
|
|
|
aku selalu nk nak tanya la pd pemarah2 nih
kau marah2 sgt tu xterfikir ke kemudian hari?
mcm otak tu singkat sgt kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Bahlol mana yg pegi upkan thread tahun lepas ni ye...byk tajuk dia g up. Bangang betul la |
|
|
|
|
|
|
| |
|