CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1661|Reply: 1

[Politik] PRN: BN-PH pastikan anak rantau Kelantan dapat peluang kerja jika diberi mandat

[Copy link]
Post time 8-8-2023 08:34 AM | Show all posts |Read mode
PRN: BN-PH pastikan anak rantau Kelantan dapat peluang kerja jika diberi mandat


Ahmad Zahid semasa berucap pada Ceramah Mega Jelajah Perpaduan Madani Kelantan di BN Command Centre, Batang Merbau dekat Tanah Merah sebentar tadi. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN/KOSMO!


TANAH MERAH – Anak-anak rantau boleh pulang dan bekerja di negeri kelahiran mereka sekiranya gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) diberi mandat untuk mentadbir Kelantan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan memastikan anak Kelantan yang bekerja di luar dapat pulang bekerja di negeri sendiri apabila gabungan BN-PH bakal menyediakan banyak peluang dan pembangunan.

Menurutnya, sehubungan itu, anak-anak rantau Kelantan perlu melakukan perubahan dengan memberi mandat kepada gabungan BN-PH pada PRN kali ini.

“Kalau kerajaan bertukar, akan lebih banyak lagi peruntukan akan disalurkan untuk Kelantan begitu juga dengan pelaburan asing.

“Kita mahu pelabur asing datang ke negeri ini, supaya anak-anak Kelantan yang berada di luar negeri dapat balik bekerja di sini,” katanya semasa berucap pada Ceramah Mega Jelajah Perpaduan Madani Kelantan di BN Command Centre, Batang Merbau di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberitahu, gabungan BN-PH akan dappat membentuk kerajaan baharu di Kelantan sekiranya memenangi 23 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

“Jika anak-anak rantau melakukan perubahan kali ini dengan memberi undi kepada calon-calon PH dan BN, kita dapat membentuk Kerajaan Madani di Kelantan.

“Kalau kita dapat 23 daripada 45 kerusi DUN, insya-Allah 13 Ogos ini kita akan dapat membentuk kerajaan di Kelantan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... jika-diberi-mandat/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2024 11:54 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.175293 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list