View: 1744|Reply: 1
|
[Politik]
Vincent Tan, Berjaya Land tuntut permohonan maaf, ganti rugi RM200 juta
[Copy link]
|
|
Vincent Tan, Berjaya Land tuntut permohonan maaf, ganti rugi RM200 juta
Tan Sri Vincent Tan dan Berjaya Land Berhad menuntut permohonan maaf secara terbuka dan pampasan ganti rugi sebanyak RM200 juta daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, susulan kenyataan berunsur fitnah dan tidak benar mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
Satu surat tuntutan melalui firma guaman yang mewakili Vincent dan Berjaya Land, telah dihantar kepada Sanusi pada 5 Ogos lepas selepas Menteri Besar Kedah ini didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
"Kenyataan-kenyataan fitnah ini telah mencermarkan integriti, reputasi dan imej saya serta Berjaya Land.
"Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ini telah menimbulkan keraguan dan mencetuskan syak wasangka tanpa sebab mengenai usaha perniagaan serta inisiatif kedermawanan yang sah.
Sumber:https://www.facebook.com/photo/? ... t=a.803838641102895
|
|
|
|
|
|
|
| |
|