View: 1578|Reply: 3
|
Budak Enam Tahun Cedera Didera Bekas Teman Lelaki Ibu
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Seorang wanita tampil membuat laporan polis selepas anaknya yang berusia enam tahun menjadi mangsa dera bekas teman lelaki.
Laporan polis dibuat oleh ibu mangsa yang berusia 25 tahun pada jam 10.30 pagi semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata susulan itu, lelaki tempatan berusia 29 tahun ditahan di sini, jam 11.05 malam tadi.
"olis menerima laporan daripada ibu mangsa berhubung kes penderaan anaknya di sebuah rumah di kawasan Kampung Sinaran Baru, Kempas.
"Mangsa mengalami kecederaan fizikal iaitu di bahagian bibir dan muka.
"Mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, bagi rawatan lanjut.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana perlakuan jenayah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Cemana ank sdr kena dera dgn ex bf
Dok skali kah
Kantoi mendera, bf kata kalau buat report polis, kita break, camtu ka kot eh |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kes takut kantoi both kena, dia gi report dulu bf dera ke mcm mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Kimak punya jantan pukul budak kecik |
|
|
|
|
|
|
| |
|