|
TUJUH pelajar sekolah direman dua hari dipercayai terlibat kes pukul pelajar oleh Mahkamah Majestret Johor Bahru. FOTO Nur Aisyah Mazalan
Johor Bahru: Tujuh remaja lelaki termasuk seorang warga asing yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes memukul seorang remaja lelaki di tempat awam di Taman Bestari Indah di sini, 9 Ogos lalu, direman dua hari.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret R Salini di Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas membenarkan permohonan yang dibuat pihak polis.
Tempoh reman yang bermula hari ini dan esok itu membolehkan siasatan lanjut dilakukan ke atas semua suspek mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, semua suspek yang berusia antara 14 sehingga 17 tahun dan masih bersekolah itu dibawa ke mahkamah Majistret untuk mendapatkan tempoh tahanan reman.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dilaporkan berkata, semua suspek ditahan antara jam 5.30 petang sehingga 9.34 malam, semalam dalam enam serbuan di dalam daerah ini.
Beliau dipetik berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang, 9 Ogos lalu, namun video kejadian berkenaan tular di media sosial sejak semalam.
Hasil siasatan awal mendapati suspek utama tidak berpuas hati dengan mangsa yang juga remaja lelaki berusia 15 dipercayai berkawan dengan teman wanitanya menyebabkan dia dipukul, ditendang, disepak, dipijak dan ditumbuk kumpulan suspek berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ja-direman-dua-hari |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|