|
MOHAMAD Nazren. FOTO Izz Laily Hussein.
Johor Bahru : Keluarga kepada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang disyaki didera ibu kandung serta kenalan wanita itu di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang di sini, baru-baru ini berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyegerakan keputusan bagi hak penjagaan sementara ke atas kanak-kanak berkenaan.
Mereka bimbang sekiranya kanak-kanak berkenaan diletakkan di bawah jagaan JKM di negeri ini, sedangkan mangsa tidak mempunyai saudara mara di sini.
Bapa saudara kepada kanak-kanak itu, Mohamad Nazren Mohamad Zahir, 31, berkata keluarganya hanya mahu membawa pulang anak bongsu dua beradik itu ke Kedah secepat mungkin.
"Saya kasihan, selama ini kita tak tahu keadaan dia (mangsa) di sini bagaimana, jadi saya harap JKM boleh beri hak penjagaan kepada waris sebab takut kalau JKM jaga dia di sini, dia sendirian, kami tiada.
"Dia juga sudah tidak sabar nak pulang ke kampung," katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Mohamad Nazren yang juga abang kepada ibu kanak-kanak itu berkata, mereka sekeluarga berharap hak penjagaan mangsa dalam kes itu dapat diberikan kepada mereka sekeluarga memandangkan mereka telah menjaga dua beradik itu sejak kecil, terutamanya selepas ibu bapa mereka bercerai pada 2018.
"Lepas mereka cerai pada 2018, memang kami yang jaga, daripada kecil kami jaga, kakak dia berusia sembilan tahun pun elok saja bersekolah di bawah jagaan kami.
"Selepas berbincang, bapa kandungnya juga bersetuju untuk memberikan hak penjagaan kepada kami," jelasnya.
Bercerita lanjut, katanya, sebelum ini tidak timbul masalah apabila adik bongsu daripada empat beradik itu mengambil anak-anaknya keluar dan akan memulangkan semula dalam keadaan baik.
"Pada September 2022, adik ada pinjam kereta ayah sebab nak bawa anak-anaknya berjalan di Singapura. Pada Mac lalu, dia hanya pulangkan kakak dan mendakwa si adik (mangsa) masih seronok tinggal di sini (Johor Bahru) bersamanya dan akan sekolahkan adik di sini.
"Itulah kali terakhir saya jumpa anak saudara saya dengan ibunya. Kami gagal hubungi mereka, malah apabila kami ingin membuat laporan polis tidak boleh kerana anak saudara dikatakan berada di bawah jagaan ibunya sendiri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gaan-selesai-segera |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|