CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1268|Reply: 0

[Pahang] 2 lelaki ditahan babit kes jual darjah kebesaran Pahang di platform e-dagang

[Copy link]
Post time 21-8-2023 04:00 PM | Show all posts |Read mode

Yahaya Othman

Kuantan: Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 52 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan menjual bintang dan lencana Darjah Kebesaran Negeri Pahang melalui platform e-Dagang tanpa kebenaran.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata dua individu, masing-masing ditahan di Puchong, Selangor dan Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu.

Katanya, mereka ditahan reman selama empat hari dari 9 hingga 12 Ogos lalu, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kita turut merampas beberapa barang kes termasuk lambang dan pelekat darjah kebesaran daripada dua lelaki tempatan itu.

"Polis kini sedang melengkapkan siasatan dan jika sabit kesalahan, kita akan buat pertuduhan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam di sini, hari ini.

Sebelum ini, Noor Hisam Nordin adalah Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Pada 11 Julai lalu, polis Pahang menyiasat kegiatan penjualan bintang dan lencana darjah kebesaran negeri Pahang melalui platform e-dagang tanpa kebenaran.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ahang-di-platform-e

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.261918 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list