View: 1476|Reply: 2
|
[Terengganu]
Suspek tembak pekerja syarikat pinjaman wang dikenal pasti
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Kuala Terengganu: Polis sudah mengenalpasti suspek dipercayai terbabit dalam kejadian tembakan terhadap tiga pekerja syarikat pinjaman wang di Kampung Rhu Sepuluh, Penarik, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Affandi Hussin berkata, pihaknya kini giat mengesan individu terbabit dan percaya penahanan individu itu dapat membantu menyelesaikan kes.
"Setakat ini, kita sudah mengenalpasti suspek yang dipercayai terbabit dengan kejadian tembakan terhadap tiga lelaki dan kita sedang berusaha mengesan mereka.
"Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Affandi berkata, perintah reman empat hari terhadap tiga pekerja syarikat peminjam wang itu tamat hari ini.
Katanya, dua daripada mereka akan dituduh mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1956.
"Seorang daripada mereka pula dihantar ke Kota Bharu, Kelantan kerana dalam senarai orang dikehendaki polis di sana atas kesalahan mengikut Seksyen 22b APPPB / Seksyen 269 Kanun Keseksaan," katanya.
Khamis lalu, media melaporkan pekerja syarikat pinjaman wang cedera terkena tembakan di Kampung Rhu Sepuluh, Penarik, Setiu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -wang-dikenal-pasti |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seram pula dengan insiden ini |
|
|
|
|
|
|
|
tak faham.. yang kena tembak tu along, tapi dia jugak yang kena tangkap?
penembak masih bebas la kira ye? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|