CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1595|Reply: 0

[Pahang] Kes batuk kokol di Rompin terkawal

[Copy link]
Post time 22-8-2023 02:14 PM | Show all posts |Read mode

Dr Nor Azimi Yunus ketika sidang media mengenai wabak batuk kokol dan isu pertussis di lokaliti Rompin, di Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Indera Mahkota. FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG

Kuantan: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang mengesahkan bahawa kes jangkitan Pertussis (batuk kokol) yang dikesan di Kampung Bahagia, Rompin adalah terkawal.

Pengarahnya, Datuk Dr Nor Azimi Yunus, berkata tiada kes baharu yang dikesan berdasarkan pengesanan dan pemeriksaan yang dijalankan membabitkan kontak rapat dengan pesakit setakat ini.

Katanya, kes itu hanya membabitkan tiga individu, iaitu ibu dan dua anaknya di Kampung Bahagia.

"Kenyataan yang ditokok tambah seperti daerah Rompin tidak terkawal disebabkan kes Pertussis atau Rompin tidak selamat, tidak boleh datang ke Rompin dan ke Pahang adalah keterlaluan.

"Setakat ini kes ini terkawal dan kita masih meneruskan pemantauan di Kampung Bahagia serta kampung berdekatan sehingga ke hari ini dan paling penting tidak ada kes baharu.

"Dalam kes ini, JKN Pahang meminta kerjasama netizen supaya tidak menularkan berita yang tidak benar atau menokok tambah dan membuat kenyataan yang tidak benar berkaitan kes ini di Kampung Bahagia.

"Sepatutnya kita mendengar dan mendapatkan ulasan daripada pihak yang berwajib atau pakar dalam perkara ini," katanya pada sidang media di pejabat JKN Pahang, di sini hari ini.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial meminta orang ramai tidak pergi atau bertemu orang Pekan dan Rompin susulan daripada kes batuk kokol itu.

Mengulas pemeriksaan yang dijalankan membabitkan 37 individu kontak rapat, Dr Nor Azimi berkata, ia membabitkan ibu bapa, ibu saudara, jiran dan rakan sekerja.

Katanya, seramai 37 individu itu diberikan rawatan antibiotik Profilaksis.

"Mereka tidak dikesan positif tetapi kita siap sedia memberikan rawatan antibiotik supaya mengelakkan dijangkiti dan andai dijangkiti, ia ringan dan tidak berupaya menjangkiti orang lain.

"Jika tiada kes baharu dikesan selepas 14 hari daripada tarikh terakhir kes terbabit, kita jangkakan wabak ini akan berakhir pada 29 Ogos ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -di-rompin-terkawal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.587760 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list