CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 937|Reply: 0

[Johor] Dua parah, 8 cedera lantai bot pecah dipukul ombak

[Copy link]
Post time 23-8-2023 11:46 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Bernama

Mersing: Seorang lelaki dan seorang wanita cedera selepas lantai bot yang dinaiki mereka pecah, dipercayai akibat dipukul ombak kuat di perairan Pulau Tinggi di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata lelaki berusia 29 tahun cedera di bahagian pinggang, manakala wanita berusia 34 tahun, cedera di kaki.

Sementara itu, lapan mangsa lain hanya cedera ringan, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian kira-kira 9 pagi itu, sebanyak 10 orang iaitu empat lelaki termasuk dua kru dan enam wanita berada di dalam bot berkenaan.

"Ketika kejadian, kesemua mereka dalam perjalanan ke Pulau Aur dekat sini, sebelum lantai bot pecah selepas dihempas ombak yang kuat … sehingga mengakibatkan mereka terpelanting dan segelintir mengalami kecederaan," katanya.

Bagaimanapun, kesemua mereka diselamatkan oleh bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Polis Marin sebelum dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan selanjutnya.

Abdul Razak berkata kes disiasat oleh Jabatan Laut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pecah-dipukul-ombak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.942867 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list