CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1160|Reply: 0

[Johor] 'Rumah kami umpama farmasi mini'

[Copy link]
Post time 23-8-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode

(DARI kiri) Nur Qistina Balqish, Iskandar Zulkarnain dan Izzul Islam ketika menerima rawatan akibat penyakit dihadapi masing-masing. FOTO Ihsan keluarga

Johor Bahru: Suami isteri berdepan dugaan amat berat apabila tiga daripada enam anak mereka menghidap penyakit kronik dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Suri rumah, Siti Suhana Misdi, 37 berkata, anak sulung, Iskandar Zulkarnain Azuan Isaidi, 15, didiagnos menghidap Kikuchi-Fujimoto Disease (KFD) iaitu penyakit yang mempengaruhi kelenjar limfa, tiga tahun lalu.

Katanya, anak keduanya, Nur Qistina Balqish, 14, pula didiagnos kanser limfoma pada tahun sama.

Anak keempat, Izzul Islam, 8, pula disahkan menghidap radang hidung, tonsil dan resdung kronik serta perlu dibedah bulan depan.

"Iskandar pernah menjalani pembedahan membuang kelenjar sebanyak tiga kali, dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tiga bulan sekali.

"Kulit kedua kakinya dan kepalanya masih menggelupas, berdarah dan bernanah tanpa rawatan atau ubat.

"Dia banyak bergantung kepada ubat termasuk kegunaan luaran dengan kos RM2,000 setiap bulan," katanya selepas menerima kunjungan wakil Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Mohd Nasir Ishak di kediamannya, hari ini.

Siti Suhana berkata, Nur Qistina Balqish yang sudah menjalani pembedahan sebanyak dua kali memerlukan rawatan susulan dengan kos RM1,600 sebulan.

Menurutnya, mereka terpaksa merujuk Nur Qistina ke hospital swasta kerana lebih serasi selain dinasihatkan menjalani rawatan lebih kerap bagi mengelakkan keadaannya bertambah buruk.

"Izzul Islam pula menjalani rawatan setiap minggu akibat jangkitan dalaman pernafasan di sebuah hospital swasta.

"Akibat masalah kesihatan, ketiga-tiga mereka tidak dapat ke sekolah.

"Rumah saya seperti farmasi mini kerana mereka banyak bergantung pada ubat," katanya sambil menambah Izzul Islam kerap mengalami pendarahan hidung.

Menurutnya, suaminya, Azuan Isaidi Khairudin, 36, yang bekerja sebagai pemandu lori roti turut menjadi pemandu e-hailing setiap hujung minggu.

Katanya, dia turut membantu dengan menjual kuih tradisional dan minuman kultur.

"Kami menerima bantuan bulanan RM500 daripada MAIJ, namun ia belum mencukupi bagi menampung kos rawatan yang mencecah RM5,200 sebulan.

"Kadang-kadang kami terpaksa juga tangguhkan rawatan kerana pendapatan suami kira-kira RM2,000 sebulan tidak cukup untuk menyara keluarga termasuk tiga lagi anak berusia dua bulan hingga 10 tahun.

"Namun, kami bersyukur kerana MAIJ membiayai kos pembedahan Iskandar dan Nur Qistina Balqish sebelum ini yang mencecah hampir RM100,000," katanya.

Katanya, Nur Qistina Balqish dan Izzul Islam akan menjalani pembedahan September ini dengan kos keseluruhan RM50,000.

"Kami masih buntu memikirkan kos pembedahan dan rawatan selepas itu," katanya.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan kepada Siti Suhana menerusi akaun Bank Islam Siti Suhana di 01014027723844.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... umpama-farmasi-mini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 1.110373 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list