CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2186|Reply: 0

Taufan Saola badai selatan China

[Copy link]
Post time 2-9-2023 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 2-9-2023 09:04 AM


Pokok tumbang susulan taufan Saola membadai Hong Kong. - Foto REUTERS
HONG KONG: Selepas Hong Kong, taufan Saola kini mula membadai selatan China awal pagi ini, dan ia dilaporkan masih berbahaya walaupun ancamannya tidak kuat.

Menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan China, taufan Saola mendarat sekitar 3:30 pagi ini (2030 GMT, Jumaat) ke selatan bandar Zhuhai di wilayah Guangdong, iaitu hab kasino Macau.

Lebih 880,000 orang sudah dipindahkan merentasi dua wilayah China sebelum taufan itu mendarat, manakala ratusan penerbangan turut dibatalkan merentasi wilayah itu.

Pejabat cuaca negara China meramalkan taufan Saola mungkin menjadi taufan terkuat yang mendarat di Delta Sungai Mutiara sejak 1949, yang merujuk kepada wilayah kawasan rendah, termasuk Hong Kong, Macau dan sebahagian besar wilayah Guangdong.

Puluhan juta orang di seluruh Hong Kong, Shenzhen dan beberapa bandar besar di selatan China sudah bersiap sedia menghadapi ancaman taufan yang diukur sebagai taufan kuat.

Di seberang sempadan tanah besar di wilayah jiran Guangdong, pihak berkuasa bertindak memindahkan lebih 780,000 orang dari kawasan berisiko tinggi, manakala wilayah timur Fujian pula, lebih 100,000 dipindahkan ke tempat lebih selamat.

Pergerakan kereta api dari Guangdong juga dihentikan sementara sehingga jam 6 petang hari ini, manakala agensi pertahanan banjir negara menaikkan maklum balas kecemasan untuk pencegahan ke tahap kedua tertinggi.

Seorang penduduk di pinggir bandar Shenzhen, Wu Wenlai, 43, mengakui taufan itu akan menjejaskan mata pencariannya kerana terpaksa menutup restoran diusahakannya.

"Anak sulung saya merancang untuk pulang ke universitinya di Chengdu menggunakan penerbangan, namun ia dibatalkan," katanya.

Sebelum ini, taufan yang melanda Hong Kong itu memaksa jutaan orang terpaksa mencari tempat perlindungan daripada ancaman antara ribut terkuat di rantau terbabit dalam tempoh beberapa dekad ini.

Ia juga menyebabkan banyak pokok tumbang di sekitar jalan yang dilanda bencana itu di Hong Kong.

Pihak berkuasa di Hong Kong bertindak menaikkan tahap amaran pada petang Jumaat kepada tahap tertinggi di bandar itu iaitu 'T10', yang hanya dikeluarkan sebanyak 16 kali sejak Perang Dunia II sebelum taufan Saola.

Menjelang jam 3.40 pagi, iaitu selepas lebih tujuh jam di bawah T10, taufan itu diturunkan kepada tahap T8. Namun dengan kelajuan berbahaya sehingga 139 kilometer (km) sejam, sekali gus mereka menggesa penduduk untuk terus berwaspada.

Balai Cerap Hong Kong memberi amaran bahawa langkah berjaga-jaga tidak harus dilonggarkan berikutan ribut ganas masih berlaku di beberapa lokasi.

"Paras air maksimum mungkin mencapai rekod tertinggi, sekali gus berisiko menyebabkan banjir serius," katanya.

Kali terakhir Hong Kong mengeluarkan amaran T10 adalah pada 2018, apabila taufan Mangkhut melanda bandar itu, sekali gus menyebabkan banjir dan menyebabkan lebih 300 orang cedera.

Di tanah besar China, Mangkhut membunuh enam orang dan menjejaskan lebih tiga juta nyawa. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.178772 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list