|
Tiga remaja maut selepas Perodua Bezza dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain di Lebuhraya Senai-Desaru dekat Kilometer 50.1 menghala ke Bandar Penawar, petang tadi. FOTO Ihsan BOMBA
Johor Bahru : Tindakan Perodua Bezza yang tidak berjaya memotong kenderaan dihadapannya di kilometer 50 Lebuhraya Senai Desaru dekat Bandar Penawar di sini, dipercayai menjadi punca kemalangan menyebabkan tiga rakan maut, petang tadi.
Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superitenden Hussin Zamora berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian lebih kurang jam 2.15 petang membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Bezza, Volkswagen Beetle dan MPV Toyota Inova.
Katanya Produa Bezza dipandu lelaki tempatan berusia 20 tahun bersama tiga penumpang
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Bezza yang dalam perjalanan dari arah Desaru menuju ke arah Senai, cuba memotong kenderaan dihadapannya lalu bertembung dengan Volkswagen Beetle dan MPV Toyota Innova.
"Pemandu Volkswagen Beetle berusia 50 tahun sempat mengelak dan bergesel dengan Produa Bezza, manakala Toyota Innova terbabit berlanggar secara berdepan.
"Akibat kemalangan itu, pemandu dan dua penumpang berusia 19 tahun yang juga pelajar sebuah kolej di Batu Pahat mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Manakala penumpang belakang berusia 19 tahun dirawat di Zon Merah Hospital Sultan Ismail (HSI),"katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Hussin, pemandu dan dua penumpang kereta Volkswagen Beetle bersama pemandu serta tiga penumpang Toyota Innova juga dirujuk ke HSI untuk rawatan lanjut.
"Kes disiasat dibawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngan-maut-3-sekawan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|