CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1264|Reply: 0

[Johor] PRK: Pelancong pilihan raya serbu bandar Muar

[Copy link]
Post time 4-9-2023 02:52 PM | Show all posts |Read mode

TRADISI di Muar yang menjadikan sate sebagai hidangan utama untuk sarapan. FOTO BERNAMA

Muar: Bandar diraja Johor, Muar bagaikan tak menang tangan menyambut kehadiran pengunjung luar yang lebih daripada kebiasaan, lebih-lebih lagi dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram yang sedang berlangsung, selain musim cuti sekolah yang baru berakhir dua hari lalu.

Pertambahan kenderaan misalnya mula dilihat sejak 26 Ogos lalu iaitu sehari selepas bermulanya cuti sekolah, dan tiga hari sebelum bermulanya penamaan calon, yang menyaksikan pemimpin dan jentera parti politik mula bermukim di Muar.

Berdasarkan tinjauan di laman sesawang tempahan, ia sekali gus turut menyebabkan banyak inap desa dan hotel sekitar bandar Muar, bandar pelancongan terbersih ASEAN yang terletak kira-kira kira-kira 200 kilometer dari Johor Bahru, hampir penuh.

Malah menerusi kumpulan Facebook anak-anak Muar pun, pasti kelihatan orang-orang luar yang menggelar diri mereka sebagai pelancong pilihan bertanyakan soal tempat asam pedas terbaik Muar, atau hotel bersesuaian yang boleh diduduki dengan lokasi strategik.

"Dalam tempoh beberapa minggu ini hampir 70 peratus daripada mereka yang menginap di hotel kami datang dari pelbagai negeri seperti Kuala Lumpur dengan kadar tempahan lebih 80 peratus," kata Ng Hui Hui, pengurus sebuah hotel di sini.

Dengan tempoh berkempen berbaki beberapa hari sahaja lagi, ditambah pula dengan penganjuran ceramah ceramah mega oleh parti politik, menjadikan Muar terus menjadi tumpuan pelancong-pelancong pilihan raya serata negeri selain pengamal media daripada ibu negara.

Bagi pemilik perniagaan sate, Zainah Hussein, beliau sendiri menyedari kehadiran jumlah pelanggan yang semakin ramai sejak beberapa minggu lepas dan disebabkan itu, beliau mengambil pelbagai langkah bagi memastikan pelanggan mereka tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan hidangan.

Katanya, dengan tradisi di Muar yang menjadikan sate sebagai hidangan utama untuk sarapan, kira-kira 3,000 cucuk sate seperti sate perut, ayam dan daging yang disediakan setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Sementara itu kakitangan restoran asam pedas yang hanya mahu dikenali sebagai Eddy pula berkata sejak beberapa minggu lalu, kedai berkenaan dikunjungi banyak pelanggan luar, termasuk jentera kempen yang mahu merasai keenakan asam pedas pari dan sembilang yang menjadi pilihan utama di situ.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.

PRK di kedua-dua kerusi berkenaan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PN, BN-PH dan Bebas, dengan Nazri akan berdepan saingan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Mazri Yahya daripada PN dan calon Bebas yang juga ahli perniagaan S. Jeganathan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-serbu-bandar-muar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.679703 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list