CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 872|Reply: 0

[Kelantan] 200 pelajar teruja teroka Dinoland secara percuma

[Copy link]
Post time 9-9-2023 04:33 PM | Show all posts |Read mode

Prakash (belakang kanan) bersama Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman bergambar bersama sebahagian 200 pelajar yang mengunjungi Reruai Dinoland sempena Karnival Jom Heboh (KJH) BABA'S di Kelantan. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: Seramai 200 pelajar dari 10 sekolah rendah dan menengah diberi peluang meneroka Reruai Dinoland kendalian The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) secara percuma pada Karnival Jom Heboh (KJH) BABA'S di sini, hari ini.

Ia sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh NSTP sempena karnival kali ini, selain sebahagian daripada aktiviti pembelajaran luar sekolah bagi semua pelajar terbabit.

Pengurus Besar Jabatan Pengedaran dan Jualan NSTP, Prakash D Munusamy, berkata pelajar terbabit bukan sahaja diberi masuk secara percuma untuk meneroka sendiri zaman purba dinosaur, malah turut dibekalkan surat khabar serta cenderamata NSTP sebagai kenang-kenangan.

"Bagi kami ia satu peluang yang cukup baik kepada pelajar berkenaan sebagai salah satu kaedah pendidikan melalui aktiviti luar sekolah.


"Selain mereka hadir untuk menyertai peraduan lain yang disediakan pada KJH, pada masa sama mereka dapat merasai pengalaman menarik di Dinoland," katanya ketika ditemui pada Reruai Dinoland NSTP hari ini.

Prakash berkata, terdapat 10 replika dinosaur disediakan di Dinoland yang mengenakan tiket RM20 bagi setiap keluarga dan ia memberi pengalaman baharu kepada anak-anak.

"Peserta dan guru pengiring juga rata-ratanya teruja dengan konsep Dinoland dibawa NSTP yang mendapat sambutan baik bermula sejak hari pertama pada Khamis lalu," katanya.

Dalam pada itu, Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Diraja Sharifah Azwan Syed Putra Jamalullail, serta Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan turut mengunjungi reruai Dinoland.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 2, Nuzanika Sabri, 14, mengakui itu pengalaman pertama memasuki Dinoland dan ia memberi pengalaman baharu.

"Saya dapat melihat sendiri dinosaur robotik dengan audio sangat mengujakan. Kami juga dapat mempelajari banyak informasi atau fakta berkenaan dinosaur.

"Saya juga teruja untuk mengetahui tentang NSTP kerana surat khabar seperti Berita Harian, Harian Metro dan News Straits Times sudah tidak asing bagi saya," katanya.

Pengunjung KJH BABA'S kali ini boleh merasai pengalaman m emasuki Dinoland dengan bayaran tiket hanya RM20 untuk satu keluarga.
https://www.bharian.com.my/berit ... land-secara-percuma

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.369362 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list