CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1524|Reply: 0

[Terengganu] 1,400 kampit beras terjual dalam dua jam

[Copy link]
Post time 11-9-2023 03:38 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai mengambil kesempatan membeli Beras Ganu di Pasaraya Ameen Hallmart, Kampung Losong. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Kenaikan harga beras import mendorong pengguna di negeri ini beralih memilih beras putih tempatan (BPT) keluaran tempatan iaitu Beras Ganu sebagai pilihan.

Tinjauan ke sebuah pasar raya di Kampung Losong, di sini,yang menjual produk keluaran anak syarikat kerajaan negeri mendapati Beras Ganu dijual dengan harga RM26 bagi 10 kilogram (kg) manakala RM13 untuk lima kg.

Pesara kerajaan, Zainudin Mohamad, 63, dari Dungun berkata, disebabkan kenaikan harga beras import yang mendadak membuatkan dia memilih Beras Ganu yang jauh lebih murah.

Menurutnya, dia membeli Beras Ganu selepas kesukaran mencari beras tempatan serta isu kenaikan harga beras import.

"Saya mahu mencuba Beras Ganu selepas melihatnya tular di media sosial beberapa hari lalu dan kebetulan datang ke Kuala Terengganu atas urusan di hospital, saya mengambil peluang datang membeli beras ini," katanya yang ditemui, di sini, hari ini.

Pengguna lain, Wan Muhammad Luqman Afif, 27, dari Kampung Panji Alam, di sini, berkata dia bernasib baik dapat membeli Beras Ganu seberat lima kg.

Menurutnya, peningkatan harga beras bukan saja dirasainya, malah memberi kesan kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga ramai.

"Saya sebelum ini membeli beras 10kg pada harga di bawah RM28, namun sekarang ada yang sudah mencecah RM47 sekali gus membebankan kepada pengguna," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Al-Amin Barokah Sdn Bhd, Awang Ludin Mohamad berkata, pihaknya menerima 1,400 kampit Beras Ganu kali terakhir pada Sabtu lalu.

Menurutnya, bekalan itu tiba pada 3 petang dan habis dijual dalam tempoh dua jam sahaja.

"Sekarang permintaan Beras Ganu sangat luar biasa hingga melebihi 10 kali ganda dan ia berlaku susulan kenaikan harga beras import dan sukar mendapat beras putih tempatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rjual-dalam-dua-jam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.066795 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list