CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2617|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Wanita hamil anak pertama bingung suami ditemui koma

[Copy link]
Post time 12-9-2023 02:11 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN motosikal mangsa. FOTO IHSAN PEMBACA

Seremban: "Saya masih buntu dan tidak mengetahui apa yang terjadi hingga menyebabkan suami koma di hospital. Dia dipercayai terbabit kemalangan berhampiran susur keluar Pedas Linggi, Lebuhraya Plus Sabtu lalu," ujar Raja Nur Syalini Raja Hamir, 26, yang kini sedang hamil.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, suaminya, Mohd Muhaimin Mohd Saleh, 26, dalam perjalanan dari Melaka ke Shah Alam, Selangor untuk bertemunya.

Raja Nur Syalini berkata, suaminya ditemui orang awam di dalam longkang di tepi lebuh raya dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai terbabit kemalangan.

"Kami memang berasal dari Melaka, tetapi saya bekerja di Shah Alam. Pada hari kejadian, suami dalam perjalanan untuk berjumpa saya dengan menunggang motosikal.

"Kira-kira jam 8.30 pagi, saya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan suami terbabit kemalangan sebelum menghubungi mentua supaya bergegas ke lokasi," katanya tadi.

Dia berkata, suaminya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, menggunakan ambulans dan kini masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Sudah empat hari suami berada dalam koma. Doktor memaklumkan paru-parunya bocor selain ada beberapa tulang patah serta terdapat pendarahan dalam kepala.

"Berdasarkan pemantauan, doktor memaklumkan kakinya sudah mula bergerak, namun matanya belum terbuka. Kami perlu sentiasa berada di sisinya supaya suami kembali sedar," katanya.

Tambahnya, dia kini agak buntu kerana baru disahkan mengandung anak pertama, namun suami pula ditimpa kemalangan dan tidak sedarkan diri.

"Kini saya menumpang bilik disediakan pihak hospital kerana keadaan kesihatan dan kos untuk berulang-alik dari Shah Alam ke Seremban.

"Saya tidak pasti sama ada suami dilanggar kenderaan lain atau terbabas sendiri. Sehingga kini belum ada laporan polis dibuat kerana suami belum sedarkan diri.

"Bagaimanapun, jika ada mana-mana pengguna jalan raya yang melihat atau merakam kejadian ini, saya merayu supaya dapat menghubungi saya di talian 012-2243775 untuk membantu saya membuat laporan polis," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -suami-ditemui-koma

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 2.658847 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list