CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 833|Reply: 0

[Johor] Kuatkan semangatmu adik Marissa

[Copy link]
Post time 14-9-2023 05:10 PM | Show all posts |Read mode

Marissa bersama ibu dan ayahnya.

Johor Bahru: "Botak comel kan daddy?" Itu soalan diajukan Alexandria Marissa Abdul Malik atau mesra disapa Marissa ketika dipujuk bapanya untuk membotakkan kepala selepas disyorkan doktor.

Saranan itu susulan keadaan Marissa, 3, yang perlu menjalani rawatan di hospital selepas disahkan menghidap barah leukemia, 15 Jun lalu.

Ibunya, Nor Shakila Mohd Shoki, 31, yang bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat berkata, berat untuknya membenarkan rambut anak tunggalnya itu dicukur, bagaimanapun dia terpaksa dan cuba memujuk anaknya dengan bantuan suami, Abdul Malik Yahya, 32.

Kisah Marissa mendapat perhatian selepas Norshakila memuat naik video sebelum dan selepas rambut anaknya dicukur di TikTok.

"Saya sudah pujuk Marissa untuk botakkan kepala namun dia tak nak. Sebagai ibu, saya faham dan memandangkan Marissa rapat dengan suami jadi minta bantuan suami pujuk dia.

"Kebetulan, pesakit katil depan potong rambut depan dia jadi suami cuba pujuk dengan kata botak comel kemudian baru Marissa setuju.

"Tengok rambutnya gugur pun saya sedih, inikan pula apabila melihat anak botak tetapi suami sangat memahami kerana turut botakkan kepalanya demi Marissa," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berkongsi perihal Marissa, Nor Shakila berkata, anaknya dulu seorang kanak-kanak yang aktif, periang dan petah bercakap.

Bagaimanapun, karakter anaknya berubah selepas jatuh sakit dan demam serta disahkan menghidap barah.

"Pertengahan Jun, Marissa demam dan selang seminggu, sakitnya itu berulang.

"Pelik juga kerana Marissa bukan kanak-kanak yang mudah demam dan keadaannya membuatkan saya terdetik untuk bawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan lengkap.

"Hasilnya, doktor dapati ada 74 peratus sel barah dalam badan Marissa dan waktu itu, dunia saya berasa gelap hingga terfikir apa dosa saya sampai anak jadi begitu," katanya.

Nor Shakila berkata, sokongan keluarga memberi kekuatan untuk berdamai dengan takdir dan bangkit.

Demi Marissa, Nor Shakila turut cekalkan hati dengan membenarkan Marissa meneruskan rawatan kemoterapi walaupun ia bukan jaminan anaknya itu akan sembuh.

"Saya cuba ikhtiar, selebihnya terserah kepada Allah SWT kerana saya diberitahu, Marissa ada 80 peratus peluang untuk sembuh.

"Jadi, kita cuba apa disyorkan doktor kerana tak mahu berasa ralat di kemudian hari jika tak berbuat apa-apa.

"Marissa baru selesai menjalani 22 sesi kemoterapi cuma yang takutnya hujung bulan ini kerana dos paling tinggi serta kena buat empat kali dalam tempoh dua bulan," katanya.

Berhubung perkongsian di TikTok, Nor Shakila berkata, niatnya memuat naik juga video perjuangan Marissa melawan barah adalah untuk mengharapkan orang ramai mendoakannya anaknya.

"Saya percaya, ada antaranya (doa) dimakbulkan. Niat saya juga adalah untuk beri kesedaran kepada ibu bapa di luar sana supaya ambil serius jika anak demam kerana dikhuatiri itu petanda awal barah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngatmu-adik-marissa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.066920 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list