View: 1033|Reply: 0
|
[Selangor]
Dituduh curi barang dipercayai jadi motif diculik
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Dituduh mencuri barang di dalam rumah suspek dipercayai menjadi motif penculikan seorang penganggur yang mayatnya ditemukan di Batu 14, Puchong, Subang Jaya di sini pada 6 September lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, hasil siasatan dijalankan mendapati suspek menculik lelaki berusia 26 tahun itu selepas mangsa dituduh terlibat mencuri barangan di dalam rumahnya.
“Siasatan kita dapati mangsa dituduh mencuri barangan suspek dan sebab itu dia diculik.
“Reman ke atas semua tujuh suspek sudah tamat dan diserahkan kepada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk siasatan berkaitan kes bunuh,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, ketujuh-tujuh suspek direman bermula hari ini hingga 20 September ini.
Pada 7 September lalu, media melaporkan lelaki ditemukan mati di dalam sebuah kereta di Batu 14, Puchong.
Lelaki terbabit sebelum itu dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di sini.
Mayat mangsa yang juga penganggur berusia 26 tahun, ditemukan di dalam Proton Gen2 pada 12.50 tengah malam di kawasan sebelah Stesen Minyak Petronas, Batu 14, Puchong.
Susulan itu, tujuh suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes terbabit.- UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... jadi-motif-diculik/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|