View: 2864|Reply: 21
|
Jururawat Meninggal Dunia Derma Organ, Beri Kehidupan Baharu Kepada Lima Pesakit
[Copy link]
|
|
Kota Kinabalu: Seorang Penyelia Jururawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) II di sini, yang meninggal dunia akibat masalah mati otak, memberi kehidupan baharu kepada lima pesakit menerusi beberapa organnya yang didermakan, baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Asits Sanna berkata, Allahyarhamah Sulimah Gilong, 59, yang berdaftar sebagai pengikrar penderma organ sejak 2015, mendermakan sepasang buah pinggang, hati dan kornea.
Beliau berkata, hasrat murni arwah untuk menjadi penderma organ selepas kematian disempurnakan setelah pihak hospital mendapat persetujuan bertulis daripada warisnya.
Allahyarhamah Sulimah yang meninggal dunia akibat masalah mati otak, memberi kehidupan baharu kepada lima pesakit menerusi beberapa organnya yang didermakan, baru-baru ini. - Foto Facebook JKN Sabah
"endermaan organ dan tisu oleh Allahyarhamah dapat menyelamatkan nyawa tiga orang pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan hati serta memberi sinar penglihatan kepada dua orang pesakit yang lain.
"Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli keluarga yang telah menunaikan hasrat beliau serta anugerah kehidupan yang diberikan," katanya.
Dr Asits berkata, pendermaan organ Allayarhamah Sulimah dilakukan di HQE II, menjadikannya kes kelima pendermaan organ di Sabah bagi 2023, setakat ini.
Katanya, ia juga adalah kes pendermaan pelbagai organ dan tisu yang pertama di Sabah bagi tahun ini.
"enderma organ dan tisu ini adalah seorang Penyelia Jururawat yang berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia selama 34 tahun sejak 1989.
"Tempat bertugas beliau yang terakhir adalah di Wad Perubatan Am 4 dan Wad Respiratori, Hospital Queen Elizabeth. Beliau adalah seorang jururawat yang sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas, disenangi oleh rakan sekerja dan prihatin terhadap keperluan pesakit.
"Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga atas pemergian dan semoga keluarga arwah diberikan kekuatan untuk menghadapi kehilangannya. Kami mendoakan semoga segala amal ibadahnya diterima serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," katanya.
Sementara itu, Dr Asits berkata, tindakan murni Allahyarhamah Sulimah mengikrarkan diri sebagai penderma organ wajar dijadikan inspirasi dan teladan orang ramai.
Beliau turut menyifatkan arwah sebagai seorang jururawat yang menabur khidmat bakti semasa hayatnya dan terus berbudi setelah meninggal dunia.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga rohnya dicucuri rahmat |
|
|
|
|
|
|
|
Balasan baik tetap ada, percaya lah... |
|
|
|
|
|
|
|
semoga Allah merahmati arwah, amiin |
|
|
|
|
|
|
|
I pun dah registered myself sebagai organ donor a few years back. Semoga lebih ramai akan register lepas ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Gilong si paku gilong, gilong si rama-rama |
|
|
|
|
|
|
|
Pulong marilah pulong, marilah pulong, bersama-sama |
|
|
|
|
|
|
|
Sy pun dah jadi penderma organ sejak 2013. Sebenarnya masa 2009 lagi tapi ntah kenapa bila sy buat semakan masa 2013 tu xda pula nama sy |
|
|
|
|
|
|
|
teringat scene sedih cite doktor romantic 2, doktor kim.yg paramedik mati otak tu, then organnya didermakan kepada yg memerlukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih kepada waris kerana membenarkan niat baik arwah tercapai.
Tak paham napa ada waris yg setuju walhal si mati tu masa hidup nk rebut pahala bersedekah organ tu adoii laa
Drpd organ tu mereput je dlm tanah tu elokla kalau dapat beri manfaat pada insan lain yg lebih memerlukan.
Itu jauh lebih mahal drpd uwang ringgit tauuu |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga mndpt ganjaran pahala.. Amiiinnn
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100: Cantik muka arwah
arwah cuma hidup 706 - 718 Bulan sahaja
atau 3063 - 3115 week sahaja.
https://agecalculator.iamrohit.in/year/1964
|
|
|
|
|
|
|
|
nurse memang wajib kan register organ donor ni
kak aku pun ada kad dia dalam wallet |
|
|
|
|
|
|
|
meols pun sign up as penderma organ
dats is y meols tak smoke, cut sugar etc.. so that organ meols insyAllah dlm keadaan yg baik and boleh berbakti selepas meols takde di duniya yg fana yiniiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
aku nk derma mata xblh sbb rabun silau |
|
|
|
|
|
|
|
darkness replied at 15-9-2023 03:27 PM
Sy pun dah jadi penderma organ sejak 2013. Sebenarnya masa 2009 lagi tapi ntah kenapa bila sy buat s ...
Sama la. I dah daftar tahun 2006 pastu check balik 2 thn lepas nama takde. Nasib baik tergerak hati nak check. Pastu kena daftar balik. Time dulu pakai kad yg kertas tu je |
|
|
|
|
|
|
|
darkness replied at 15-9-2023 07:27 AM
Sy pun dah jadi penderma organ sejak 2013. Sebenarnya masa 2009 lagi tapi ntah kenapa bila sy buat s ...
Sy mo jadi penderma organ tapi mama dan laki bising2 tidak mau. Tu anak2 pun sy mau kasi jadi penderma organ. Laaaaaaaaaaagi la diorang tidak mau. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 18-9-2023 02:24 PM
Sy mo jadi penderma organ tapi mama dan laki bising2 tidak mau. Tu anak2 pun sy mau kasi jadi pend ...
Mmgnsusah sikit tu kalau waris tidak setuju kan. Sy sama laki sy mmg penderma organ. Biarlah dr mati sia2. Syg juga organ badan..bagus bagi derma yg memerlukan |
|
|
|
|
|
|
| |
|