CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3302|Reply: 0

[Terengganu] Terima kasih bantu Qila

[Copy link]
Post time 17-9-2023 02:16 PM | Show all posts |Read mode

NURUL Aqila Maisara terpaksa bergantung hidup dengan zat yang hanya diserap melalui mesin Total Parenteral Nutrition (TPN). FOTO ihsan nor hafizah zainuddin

Kemaman: "Alhamdulillah Qila seronok apabila ramai individu sudi menyumbang bantuan untuknya dan wang itu kami akan guna sebaik mungkin untuk keperluan perubatannya terutama mesin mudah alih," kata Nor Hafizah Zainuddin.

Nor Hafizah, 38, adalah ibu kepada Nurul Aqila Maisara Hasmadi yang dilahirkan dengan masalah usus kronik, usus tiada saraf serapan nutrisi dan zat makanan selain usus pendek sejak lahir menyebabkan kanak-kanak sembilan tahun itu bergantung hidup dengan zat yang diserap melalui mesin Total Parenteral Nutrition (TPN).

Menurutnya, selepas kisah anaknya yang mesra disapa Qila disiarkan akhbar ini ramai bermurah hati menyalurkan sumbangan sekali gus hasrat mereka membeli mesin Mini Rythmic PN bakal tercapai tidak lama lagi.

"Alhamdulillah, terima kasih atas sumbangan orang ramai pada Qila dan saya bersyukur walaupun masih tidak mencapai harga sebenar tetapi sekurang-kurangnya kami boleh tambah kumpul duit sebab jumlahnya sudah tidak banyak.

"Saya tunjuk pada Qila yang ramai sudi membantunya dan dia juga sangat gembira kerana selepas ini boleh merasai suasana malam di luar kerana selama ini masanya banyak di rumah saja," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, susulan perkongsian kisah mereka juga ada individu yang menghubunginya untuk menawarkan bantuan membeli mesin berkenaan dan ia masih dalam urusan lanjut.

Terdahulu Harian Metro menyiarkan kisah Nurul Aqila Maisara yang terpaksa memakai beg stoma sepanjang masa selain menggunakan mesin TPN dan mesin untuk lipid (lemak) bagi menyalurkan nutrisi makanan kepada badan selama 12 jam setiap hari.

Justeru ibu kanak-kanak itu yang menetap di Kemasik, di sini berhasrat membeli mesin mudah alih iaitu Mini Rythmic PN untuk memudahkan anaknya menjalani pemeriksaan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tanpa perlu bermalam sekali gus menjimatkan perbelanjaan mereka.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ma-kasih-bantu-qila

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.053720 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list