|
Timah sedang menjahit atap nipah. FOTO NAZDY HARUN
Marang: Walaupun sudah menjangkau usia emas namun seorang nenek masih mampu mengharungi paya berselut untuk mendapatkan daun nipah untuk dijadikan atap.
Timah Kassim, 68, dari Kampung Jenang dekat sini berkata, dia membuat atap nipah sejak lebih 30 tahun lalu dan bahan utama dalam menghasilkan atap berkenaan adalah daun nipah.
Menurutnya, untuk mendapatkan daun nipah dia terpaksa membawa bot gentian kaca ke lokasi tertentu di kawasan Sungai Marang, untuk mengambil daun nipah.
Katanya, kedudukan pokok nipah di kawasan berselut di tebing sungai sememangnya mempunyai banyak risiko yang perlu ditempuhi apatah lagi dia melakukan pencarian daun itu seorang diri.
"Adakalanya saya berjalan dengan paras air pada lebih satu meter berikutan keadaan air sungai pasang ditambah pula permukaan tanah terbabit.
"Sukar sememangnya sukar, ditambah pula dengan ancaman haiwan berbisa di kawasan tebing sungai yang mempunyai pokok nipah," katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Mak Cik Lah oleh penduduk setempat.
Menurutnya, untuk menyiapkan 100 unit atap nipah dia memerlukan empat guni daun yang sudah dibuang pelepahnya.
Katanya, selain daun nipah, dia juga memerlukan buluh serta rotan untuk menjahit atap berkenaan dan setiap unit atap yang dijahit memerlukan lebih 20 helai daun nipah.
Timah berkata, setiap satu unit atap nipah yang dihasilkan dijual dengan harga RM5 dan ketahanan atap itu boleh menjangkau hingga tiga ke empat tahun bergantung kepada penggunaannya.
"Sekiranya mempunyai tempahan saya mampu menyiapkan 70 hingga 80 unit atap nipah dalam sehari selain turut dibantu seorang anak yang turut berkemahiran dalam membuat atap nipah.
"Atap nipah masih mempunyai permintaan terutama daripada peniaga kedai makan, pengusaha chalet, resort dan individu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lah-dapat-sambutan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|