View: 2825|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
3,500 kg beras habis dijual dalam 90 minit
[Copy link]
|
|
Orang ramai membeli beras putih tempatan di Pusat Operasi Fama Jelebu hari ini. FOTO ABNOR HAMIZaM ABD MANAP
Jelebu: Pusat Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Jelebu diserbu orang ramai seawal 8 pagi sebaik mengetahui jualan beras putih tempatan.
Sebanyak 3,500 kilogram (kg) beras habis dijual dalam tempoh 90 minit.
Selain di Jelebu, lima lagi outlet Fama di negeri ini turut menjadi tumpuan bagi mendapatkan beras putih tempatan yang sebelum ini didakwa mengalami masalah bekalan di pasaran.
Suri rumah, Khadijah Sidek, 46 dari Kuala Klawang berkata, jualan itu sangat membantunya berikutan sebelum ini dia membeli beras import yang lebih mahal, berikutan tiada beras tempatan dijual.
Katanya, harga beras import yang mencecah RM40 untuk 10 kg berbanding beras tempatan RM26 untuk 10 kg sangat membebankannya berikutan digunakan enam ahli keluarga.
"Dengan harga barangan lain yang meningkat disusuli ketiadaan harga beras tempatan ia sangat menyusahkan apatah lagi bagi penduduk kampung.
"Apabila Fama mengadakan jualan beras putih tempatan ini , ia sangat ditunggu apatah lagi harga kekal RM26 untuk 10 kg," katanya ditemui di Pusat Operasi Fama Jelebu di sini.
Khadijah berkata, dia hanya membeli mengikut kegunaan, namun Fama membenarkan setiap pembeli diberi dua kampit beras.
Bagi peniaga, Samsudin Tohat, 74 dari Kampung Larong berkata beras putih tempatan bukan sahaja ditunggu orang ramai, tetapi peniaga makanan sepertinya.
Katanya, selepas bekalan beras tempatan terputus di pasaran, dia terpaksa membeli beras import, namun harga nasi yang dijualnya tidak dinaikkan, sebaliknya kekal RM2 sepinggan.
"Baguslah kerajaan adakan jualan seperti ini dengan Fama menguruskan jualan, jadi sudah pasti tiada masalah bekalan seperti sebelum ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jual-dalam-90-minit |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|