CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2806|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Langgar anggota JPJ, penunggang motosikal didenda RM5,000

[Copy link]
Post time 21-9-2023 11:58 AM | Show all posts |Read mode

NOR Khairul Azwa didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Port Dickson atas kesalahan merempuh anggota JPJ dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Seremban-Port Dickson. FOTO Azrul Edham

Port Dickson: Penunggang motosikal yang tular selepas merempuh penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hingga cedera dalam sekatan jalan raya (SJR) Ahad lalu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Uthman Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Khairul Azwa Azizi, 25, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayarnya.

Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja menghalang tugas penjawat awam iaitu anggota penguat kuasa JPJ, Mohd Nurhakim Mohd Razif, 29, daripada menjalankan fungsi amnya dalam operasi pasukan.

Kesalahan itu dilakukan pada 17 September lalu, kira-kira 11 pagi di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum kerana perlu menanggung seorang anak dan isteri yang sedang mengandung selain diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Izzaty Mohd Zainal mohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran terhadap tertuduh selain mampu memberi pengajaran kepada orang awam supaya tidak menghalang tugas penjawat awam.

Selain itu katanya, mahkamah perlu mengambil kira kecederaan dialami anggota JPJ terbabit.

Media sebelum ini melaporkan tular video memaparkan anggota penguat kuasa JPJ terpelanting selepas dirempuh suspek yang dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.

JPJ dalam kenyataannya berkata, kejadian itu mengakibatkan anggota JPJ terbabit mengalami cedera pada otot leher, kepala serta bengkak pada tangan dan kaki, namun dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Port Dickson.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ikal-didenda-rm5000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.316151 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list