CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3739|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 1,301kg dadah 'atas air' bernilai RM27 juta dilupus

[Copy link]
Post time 21-9-2023 12:49 PM | Show all posts |Read mode

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Khairul Anwar Bachok (tiga dari kiri) menunjukkan pelbagai jenis dadah bernilai RM27 juta yang dilupuskan di Kualiti Alam, Bukit Pelanduk. - Foto NSTP/Azrul Edham

SEREMBAN: Sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi warga tempatan dikesan mengguna jalan laut untuk menyeludup bahan terlarang ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand dekat Satun.

Dadah dari Laos, Kemboja dan Myanmar dibawa ke ibu negara untuk pasaran tempatan dan ada yang dibawa terus ke selatan Semenanjung untuk diseludup ke negara jiran dan Australia mengguna jalan laut.

Kegiatan itu didedahkan menerusi beberapa serbuan dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Perlis, Kedah dan Johor sejak 2020 yang mana pelbagai jenis dadah seberat 1,301 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM27 juta dilupuskan, hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Khairul Anwar Bachok, berkata pelupusan dadah jenis ganja, heroin, morfin, methaphetamine dan MDMA dilaksanakan selepas menerima perintah rasmi mahkamah.



"Dadah ini adalah hasil rampasan dilakukan Zon Maritim Kuala Kedah, Kedah/Perlis dan Tanjung Sedili serta Batu Pahat, Johor dari 2020 hingga awal 2023.

"Proses pelupusan dijalankan dengan menggunakan kaedah pembakaran melalui inkubator yang diuruskan Cenviro Sdn Bhd. Kaedah ini cara selamat dan berkesan untuk memusnahkan dadah tanpa mencemari alam sekitar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria dan Pengarah Maritim Kedah/Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa.

Khairul Anwar, dadah berkenaan cuba diseludup masuk ke negara ini melalui negeri di utara dipercayai untuk pasaran tempatan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan Malaysia turut dijadikan transit sebelum diseludup keluar melalui Johor.

"Di utara, kami mendapat maklumat daripada pihak berkuasa Thailand yang memaklumkan sumber dadah ini dari Laos, Kemboja dan Myanmar. Ada yang diedarkan untuk pasaran tempatan dan dibawa ke ibu negara.

"Sejak 2018 hingga sekarang, seramai 86 warga tempatan dan 20 warga asing ditahan bagi tiga Zon Maritim ini. Bagaimanapun, kebanyakan dadah yang dilupuskan hari ini tidak membabitkan tangkapan suspek yang mana proses perbicaraan lebih cepat untuk dilucuthakkan," katanya.

Tegas beliau, Maritim Malaysia akan meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan perairan negara khususnya di lokasi titik panas yang disyaki menjadi lokasi kegiatan jenayah penyeludupan dadah di laut.
https://www.bharian.com.my/berit ... i-rm27-juta-dilupus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.328936 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list